Magic Lake, Aussie

Monday, February 4, 2013

hari yang indah..

alhamdulillah..
assalamualaikum..

yeay..permulaan minggu yang menceriakan hariku.. harini hantar qhalif gi taska dalam keadaan yang dia tak nangis pun..wah bravo2 anak ibu.. u have to change.. mestila jadi berani dan rajin ye sayang.. bawa bekal sweet untuk kawan2 pastu bawa roti telur lagi utk teacher..xkisahla sayang janji qhalif nak g school.tidur jgn terkejut2 lagi tau sayang.. such a wonderful things happen in my life. bersyukur sangat.semoga hari2 yang mendatang juga dia rajin dan ceria ke sekolah aminn.. Sebenarnya taska anakku manja ni adalah taska ke 3 Qhalif..huhu..banyaknya dugaan Ya Allah. dalam seminggu pertama tu memang hari2 nangis dan tidur malam pun mimpi dan mengigau. Tapi bila petang time ambil dia, tengok dia ok dan happy sangat bermain. Mungkin waktu pagi dia rasa ibarat ibu dia ni nak tinggal kan dia..Oh sayang.. tidak sekali-kali ibu akan meninggalkan mu tanpa sebab sayang. Setiap yang terbaik haruslah ada pengorbanan. Kalau bole ibu nak sangat tengok setiap perubahan dan pembesaran Qhalif depan mata ni.  
ni la nik nawal najmi kami sebaya dia cousin ibu saya



Percayalah setiap ibu ayah di dunia ni inginkan yang terbaik untuk anaknya tau sayang.. So you must do it and tried to be better than before in what ever you have to face.
ok .. week end saya buat ape ye.. meh sini nk revise balik..start ari sabtu tu ada birthday celebration for my little cousin.. sebaya dengan anak saya si Qhalif Iskandar.. nak dijadikan cerita kami naik pelamin sesama..hehe.. semasa hari besar saya tahun 2010 tu.. Nawal Najmi dilahirkan awal 2minggu dari tarikh saya bersanding.. so dimudahkan kerja kami buatla majlis bersama..berendoi utk nawal dan bersanding untuk sy.. then dimurahkan rezeki my son pun pada tahun 2010 juga dilahirkan.. sepupu dan anak sepupu..sebaya :).. jom tengok gambar..
rainbow cake for nawal najmi.
.made by her mama,,sedapp.
.recommended and open for order
ramai nye boboy next generation ni..dan inshaAllah saya pun bakal dapat anak saudara lelaki..which is anak adik lelaki saya..insyallah..didoakan akan agar kandungan dan zuriat yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh dan dimurahkan lagi rezeki anda sekeluarga ye
ok pada hari ahad esoknya pulak adalah family day..so rest jela.dan happy jugakla sebab dalam seminggu sehari je masak utk famili..haruslah special sketkan..menu asam tumis melaka, chicken buttermilk, sambal kuini, sayur campur dan ayam goreng.. alhamdulillah.. yang paling happy sebab my husband pun makan walaupun balik malam xsempat lunch sama.. terasala dihargai.. ehemm.. yela masak seminggu sekali xkan xnk rasa kot abg.. alhamdulillah..alhaldulillah..alhamdulillah.. syukur.. perancangan Allah adalah sebaik2 ketentuanNYA...sentiasalah bersangka baik wahai anak adam. terhadap sesipa pun terutama kepada penciptaMu..Insha-ALLAH..
berikut adalah gambar di sekitar aktiviti qhalif di hujung minggu bersama keluarga.




qhalif memang suka sangat main air..masa kecil2 dulu dengar ombak pun takut..skang pantang cakap nak pergi beach suka sangat..masa ni berhari minggu kat rumah atuk kt kampung tengah..mandi dengan acu dan pak de.nampak tak layer atas skali kolan tu dah kuar angin sebab qhalifla gigit masa umur dia setahun.sekarang dah tak lawa kan..ish buadak gigi beshar ni.

pada hujung minggu tu jugak secara kebetulannya semua untie and the one and only uncle dia balik berhari minggu di kuantan..gamatla rumah..tapi sayang dek kekangan masa waktu kami bersama sangatlah singkat..masa muda takkan kembali lagi di mana masa bergelak ketawa, gurau senda, bergaduh-gaduh manja hanya tinggal kenangan. balik sekali sekali ada yang nak kua ngn kawan-kawanla, nak mengurutla, nak pergi sana la situ la tu belum lagi commitment dengan keluarga besar. orang ni nak ajak ke rumahla, buat itula inila. masa untuk diri sendiri amatlah sedikit. masa untuk kami berkumpul sekeluarga juga agak terbatas..ohh beginila kehidupan selepas masin-masing sudah besar.cuma satu yang diharapkan dari hati nurani ini agar ikatan kemesraan ini tidak pudar, hambar dan jauh sekali pupus dan dilupakan.. so bila balik rumah tu tepuk dada tanyalah iman..nak buat apa, untuk siapa dan kenapa..huhu
masa ni pula dekat taman teruntum.. salah satu lagi sikap qhalif ni dia seorang yang sangat sukakan haiwan. tapi dengan kucing dia sangatla tak mesra. mungkin sebab kucing kat rumah kot. binatang-binatang kecil pun dia geli..tapi dia sangat suka mencuba. nampak tak gambar tu qhalif tengah bagi rusa tu makan.
pencinta haiwan 
 ibu dan anak sama naik..haruslah didikan dari ibu kan sebab ayah selalu xde..tapi apa salahnya kan biar dia mesra camera sket jangan gila camera sudah :p
ni pula adalah aktiviti selepas pulang dari sekolah..cuma ini sahajalah masa kami berdua bersama untuk beriadah selain daripada waktu tidur dan makan malam..seharian bekerja dan qhalif ke sekolah.. walaupun penat melayan karenah dia tapi dia jugaklah pengubat di kala sunyi.
alhamdulillah ya ALLAH tiada apa yang indah selain daripada kurniaan dan amanah terbesar ini.. juga anugerah kedua ibu bapaku.. semoga aku sentiasa dalam golongan orang-orang yang bersyukur.. insha-Allah.