Magic Lake, Aussie

Tuesday, November 18, 2014

tema ~ emerald green okeyy




Assalamualaikum.. hai selamat hari raya aidilfitri.. kami beraya di kelantan.. this is our 1st raya without nenek yam @  mok.. Semoga engkau tenang disana Alfatihah..
Ini juga adlaah 1st raya dengan adik irsyad.. Ya ALLAH alhamdulillah atas anugerha terindah ini.

Budak kecik nilah Qhalif Irsyad Bin Md Jamil umur baru 9 bulan.. tak mengerti apa2..raya tu apa.. yang penting tidur dan susu cukup n punggung and bebird clean ye ibu..
xbanyak ragam tapi suara kuat.. sayangnya anak ibu ni hanya sempat menyusu badan selama 6 bulan.. Alhamdulillah.. itu bahagian dan rezeki kamu sayang. Insyallah ibu percaya perancangan dan ketentuan Allah adalah yang paling baik. Pulang dari umrah susu ibu terus kering. Ibu tahu mesti Allah dah rancang sesuatu yang indah buat kita sekeluarga.. Semoga anak ibu membesar dengan penuh iman di dada, sihat walafiat, bijak dan berakhlak mulia.My hero no 1.. after ayahla.. semoga kamu sentiasa bertuah di dunia dan akhirat.. teruskan dengan apa yang kamu rasa kamu nak buat dan cuba buat.. asal tak memudaratkan diri sendiri okay.. Im always behind you.. pedulik hapa kata org..
As long as dengar cakap ibu pun dah memadai.. jiwa kental ni tapi hati cair bila ibu menangis dan sedih. selalu tanya ibu , ibu kenapa ibu sedih? kenapa ibu menangis.. semoga kamu akan terus bertanya wahai sayang :)
One and only you.. will do special post about you.. insyallah..



Peace yaww.. selamat hari raya..
tahun depan giliran umah atuk.. tema ape yek?

Majlis berbuka puasa at Legend cerathing.. 

lelaki-lelaki dalam hidupku

On the way balik dari hari raya.. check in hotel di kuala terengganu.. bercuti lah pulok..


budak suka bergaya dan semat sokmo

me mother of two.. three soon :)

Makkah al Mukarramah & Madinah Al Munawarrah - June 2014


Alhamdulillah kami sekeluarga telah dijemput Allah sebagai tetamuNYA pada tanggal 7 June 2014
Ini adalah percutian yang paling hebat dan tiada tandingannya. 
Biarpun merata dunia memaparkan kehebatan dan ketenangannya tetapi di sinilah sebenar-benarnya percutian yang amat menenangkan.. Desas-desus bercerita mengenai cuaca yang panas dan kering dan pelbagai dugaan yang mendatang semasa di tanah suci adalah rahsia masing-masing. Dia berhak ke atas kita dan siapalah kita untuk menidakkannya. Alhamdulillah sepanjang ziarah dan umrahku kesana segalanya Allah permudahkan. Dari segi kesihatan, kemudahan beribadat dan menguruskan anak. Segala-galanya dipermudahkan. Semoga aku dijemput lagi menjadi tetamu abadi di sana. Insyallah.

Permandangan kota di menara jam di Kota Makkah di siang dan malam hari sesudah subuh dan selepas isya'


 Didalam masjidlharam
Subhanallah
Pemandangan dari luar masjidilharam. Ketika ini aku suami dan qhalif selesai bertahlul selepas mengerjakan rukun umrah serta makcik yang selalu bersamaku berjalan pulang ke hotel. Suasana sesudah asar.

Pemandangan dan suasana di luar masjidil haram selepas isya'. Tidak kira masa dan waktu ramainya umat Islam. Subhanallah. Semua berkejaran melakukan ibadat. Di Malaysia hanya kelihatan pada pagi raya dan solat jumaat kan.



Sesudah tahlul dan saei di bukit safa dan marwah.. Alhamdulillah. kami sempat melakukan 4 kali umrah.


suami ku


Gambar pertama yang di ambil seusai tawaf selamat datang pada pukul lebih kurang 2.30 pagi. di sini waktu tidur langsung tidak siapa endahkan melainkan berpusu-pusu dan berkejaran melakukan ibadat. Aku berada di tingkat 3 kerana menggunakan wheel chair untuk si abang kecil. Alhamdulillah selesai pusingan ke 3, qhalif tertidur dan aku sudahi tawafku sehinggalah dia terjaga dan mengejutkan aku untuk menghabiskan tawafnya lagi 4 pusingan.. Alhamdulillah dipermudahkan lagi.. tak ada mengamuk lapar atau tidak cukup tidur, qhalif pun bersemangat melalukan rukun umrah :)


Bersama pok der dan atuk melayan karenah melakukan saei sebayak tujuh kali.

Di Madinah kami dipimpin oleh mutawif melakukan ziarah dalam dan ziarah luar madinah.


Di luar hotel


                                  
                                                     
                              Di kaki Bukit Jabal Rahmah tempat pertemuan ADAM dan HAWA
                           'YA ALLAH SEMOGA ENGKAU MAKBULKAN DOA KAMI DAN        
                             KEKALKANLAH HUBUNGAN KAMI HINGGA KE JANNAH..'

                                    Dua botak kesayanganku.. adik irsyad insyallah murah rezeki kita berkunjung 
                                       bersama-sama pula.. doa jangan lupa agar dimurahkan rezeki ye




Semoga anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah.. org kata budak bijak budak yang nakal, org kata jgn bawa masuk budak yang nakal dan buat bising dalam masjid nanti hati dia jadi keras.. terluka tak hati ibu yang dengar sbb yang nakal dan bising itu anak kita. hanya satu ku pohon pada Mu ya Allah, lembutkanlah hati anak2ku untuk beribadat kepadaMu dan mendengar kata-kata aku sebagai ibu dan bapanya. Kalau ikutkan hati yang kecik si irsyad tu pun ingin aku bawa ke rumah Allah ini. Kalau tak nakal bukan budak lah namanya. Berkata-kata memang mudah kerana bukan kau kamu yang melahirkan , merasa nikmat bersalin dan kesakitan itu..  Doa senjata orang mukmin bukan'kata org' 


Ya Allah berilah kekuatan , kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat bapa mertuaku. kasih sayang atuk ibarat emas melimpah dari tempayan untuk cucu dia ni. beruntunglah kamu wahai anak. Alhamdulillah

                  
Atuk juga yang melayan.. (saei safa marwah)              Taukey kebun kurma dapat free segantang 
                                                                                         coklat arab.. murah rezeki budak ni

Saya manusia biasa


Semoga menjadi imam yang soleh


qhalif iskandar.. gambar semasa solat isya di masjid nabawi

dlaam bas semasa ziarah luar kota madinah

                        



Masjid nabawi
  dI ATAS JABAR RAHMAH

BERKATILAH KELUARGA KU YA ALLAH DAN JEMPUTLAH KAMI SEKELUARGA LAGI KE RUMAHMU.. AMINNN