Magic Lake, Aussie

Saturday, January 27, 2018

Last Minute Deal.. Just for my ❤ Big M.A.M.A (part 4 ~ Last Part)

Assalamualaikum... Finally this is the last part of our holiday to Aussie.. 😅😅😅
Semoga kami dimurahkan lagi rezeki untuk meluaskan pemandangan menikmati keindahan ciptaan Allah di seluruh dunia:)

Malam terakhir semasa hari ke -5, adalah makan malam yang sangat awaresome.. Crew bersama2 ahli rombongan telah sama2 bersiap untuk BBQ time.. seronok..










Alhamdulillah.. raya cara perantau lah kami :)

ok siap sedia tuk bersihkan diri  dan rehat. di our last campsite..


tetttt... okay ayah sila take action.. ibu dah penat..

18 Mac 2017 ~ Day 6
Ini adalah hari terakhir kami di bumi Perth.. Pagi nanti kami akan berlepas pada pukul 12.10 pagi pulang ke Malaysia. Destinasi kedua terakhir adalah KINGS PARK. Juga dikenali dengan nama Kings Park & Botanic Garden. Terletak tak jauh dari bandar Perth, kedudukannya yang berada di puncak bukit dapatlah kita tengok bandar Perth. Selain tu ade jugaklah macam-macam monumen bersejarah kat sini. Kalau kat Malaysia macam kita g tugu negara la. Cuma beza nya kat sini lanskap dan alam sekitarnya cantik dan nyamann je. Ok jom tgk gambar.









































Masa ni xde apa sangat dah aktiviti yang nak dibuat just enjoy the view there.. Budak2 seronokla kan berlari-larian di tempat luas.. Happy bila tgk ank happy.. Cik Ha pun dah xlarat nk bergambar senyum simpul, rindu budu barangkali, nak balik Mesia dah.. Sebelum tu kita ke BLUEBOAT HOUSE di Swan River di mana ini juga boleh dikatakan tempat wajib bergambar dan pergi kalau dah sampai Perth. Seberang jalan dari Swan River ni terletaknya The University of Western Australia(UWA).



























Ahaks... Request by him okeyy.. ok sebelum bertolak ke APOLLO DEPO tempat pemulangan caravan , kami telah dibawa ke tempat belah belah yang terakhir iaitu MARGARET CHOCOLATE FACTORY.. Yummey... anak2 masa ni dah penat sangat bertavel selama 6 hari lebih kurang, mereka semua dah terlelap dalam caravan, so dapatla ibu, ayong dan ayah menikmati chocolate dengan aman :)








Dekat kilang coklat ni ada jugak ladang anggur.. Fresh bak hang.. kami pun amik peluang merasa dan bergambar sengai kenang -kenangan. Masa anak-anak tidurla bole berposing sikit :)








  Apehal tuu?




Jangan risau segala bekalan coklat untuk anak2 yang sedang beradu dah kami tapau.. Kalau masuk dalam kilang tadi bole rasa pelbagai jenis coklat, white, dark, mild dan ice cream pun macam2.

 Masa ni di APPOLO DEPO, sesi penyerahan semula caravan selepas selesai meng explore bumi Autralia Barat. Syukur Alhamdulillah, pemeriksaan semua passed!!, Pemeriksaan yang berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan juga caravan dalam keadaan baik seperti mana semasa mula2 ambil dulu.








Okey sebelum berakhirnya entri ini jom layan our last pic kat airport :)



Last but not lease.. Our menu sepanjang bermusafir :)







Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki Mu ya Allah.. semoga kami dilimpah ruahkan lagi rezeki untuk menghayati keindahan muka bumi ciptaan Mu.. Semoga M.A.M.A bahagia gembira dan tenang selalu.. kami sayang mama..

Memory of my love life...