Salam dari Jeddah.. masih segar dalam ingatan..
hari terakhir di Makkah usai tawaf selamat tinggal hujan sangat lebat..
Dalam sayu kami bergerak meninggalkan kota Makkah Al Mukarramah..
Rindu ya Allah.. Jmputlah kami lagi ya Allah bertandang ke rumahMu..
Hari hari terakhir di Makkah dan ziarah luar .
Kenangan yang sentiasa segar dan mekar dalam ingatan.
Untuk beliau
Kerana Beliau
Kakyang sayang mama dunia akhirat
kak yang direzekikan Allah untuk tinggal bersama mama. Alhamdulillah syukur. Niat dan impian nak pergi dengan mama bukan sekali tapi 2 kali Allah hadiahkan. Terima kasih ya Allah.. Kau permudahkan dan perkenankan doaku. Ada jugak yang berbunyi, even kita tolak ibu kita tawaf pun masih belum dapat membalas jasa beliau membesarkan kita. Tiada salah nya kata-kata itu tapi alangkah indahnya jika lidah yang berkata itu tunduk dan merendah diri bersama mendoakan sesama kita. Apakah kita tahu niat sesama kita? Hanya Allah yang maha mengetahui.Ada yang berpelajaran dan kaya raya tapi masih belum dihadiahkan Illahi bersama ibu dan ayahnya ke rumah Allah. Nikmat apalagi yang ingin kau dustakan melainkan sujud tunjuk dan taat akan perintahNya. Sentiasalah merendah diri, menjaga kata memelihara lidah sendiri. Sesungguhnya Allah adalah pemilik hati kita yang maha membolak balik kan hati dalam sekelip mata. Peliharakanlah iman kami ya Allah.Tingkatkanlah iman kami ya Allah. Ilmu yang hebat di dada dizahirkan atas sekeping kertas belum tentu menjadi pengukuh iman.
Terima kasih atas segalanya buat ibu mertuaku
Kerana dia juga buat pertama kali nya dalam hidup pada tahun 2016 daku menjejakkan kaki ke tanah suci. Hadirnya dia bersama imam ku adalah satu makna yang sukar diungkapkan. Dialah yang bersusah hati jiwa dan raga menjagaku dalam pantang selamat 4kali kelahiran zuriat kami. Tempat kami menumpang teduh selama 5 tahun. Kemudian kami tinggal bersama mama pula dek kerana memikirkan kehidupan apa yang akan mama lalui jika keseorangan.Berlapang dada sabar redha dan pahit manis kita berjaya harungi bersama. Terima kasih ma. Terima kasih mama.Terima lah hadiah dari kami. Percutian yang kita semua dambakan.
Kakyang sayang ma. Gambar kita bersama tak banayk pun sebab ma suka gerak sendiri berbeza dengan personaliti mama yang mesti berteman. Ma ni sejenis yang suka berdikari dan pantas bergerak.Semangatnya kalah orang muda :)
Khas buat wanita teragung kami. Berumrah kita bersama. Jika diizinkan Allah kita akan kembali menunaikan haji bersama pula
okay di Jeddah kami sewa apartment satu malam sahaja memandangkan semua urusan umrah sudah selesai aktivitia nya adalah bebas dan santai.
shopping jalan-jalan dan santai. Barang di Jeddah juga jauh lagi murah dari di Kota Makkah dan Madinah.
Lain kali belanja lagi ye.. :)
Keesokkan harinya berangkat pulanglah mereka ber enam. Hahaha. Boleh pulak tiket flight xcukup kami berempat terpaksalah bermalam semalaman lagi :) Ha apa lagi dua malam di Jeddah la. Jom cuci mata lagiiii
Mall di sana
Jalan -jalan di sekitanya
Penat berjalan kami berdua berehat di masjid di Jeddah. Seronok tengok mama senyum. Ya Allah Kau anugerahkanlah ibuku ini kebahagian, ketenangan dan keberkatan hidup ya Allah. Aku sayang padanya.
Mama, kak yang minta ampun dan maaf. Kakyang akan cuba sedaqya upaya membahagia kan mama. Ma , mama doakan kami, doakan kami .
ok penat berjalan kami singgah santap di wong solo Jeddah.. Sedap oii.. rindu masakan mesia dahhhh
Ok last but not least esok balikkkk
Airport Jeddah..
9 jam kemudian... at KLIA... ALHAMDULILLAH...
Ya ALLAH JEMPUTLAH KAMI LAGI YANG SENTIASA MERINDUI TANAH HARAM.
Ya ALLAH berkatilah hidup kami, Matikanlah kami dalam husnul Khotimah.
Anugerahkanlah kami keluarga yang sakinah , mawaddah, warahmah.
Anugerahkanlah kami keturunan yang tidak pernah meninggalkan solah, Kau permudahkanlah dan perkenankanlah doa kami ya Allah.
Ya ALLAH , anugerhakanlah kami anak-anak yang soleh, anugerahkanlah kami rezeki yang melimpah ruah seperti air zamzam yag tidak pernah kering, rezeki seperti air zam zam yang tersebar ke seluruh alam memberi manfaat kepada sekelian alam. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kami ya Allah..Aminn..
