Assalamualaikum... hai 1 november 2013.. Alhamdulillah lahirnya putera ke 2 ku.. Qhalif Irsyad Bin Md Jamil.. Dilahirkan pada hari Jumaat jam 8.30 malam secara normal dengan berat 3.4kg..
Sama hari lahir dengan abg.. Jumaat penghulu segala hari.. Alhamdulillah .. semoga Allah memberikan kemudahan seperti ini untuk kelahiran yang seterusnya.. Insyallah.. Moga2 puteri lak pulak hendaknya ye. ]
Detik kelahiran anakanda beta ni pada usia 37minggu.. abg dulu 36minggu 2 hari.. tanda yang sama iaitu seawal 6.30pagi lendir darah dah keluar.. Siap2 barang g check in HTAA . Sempat bersarapan sebungkus nasi lemak dan air milo.. Untuk tenaga katanya.. Jam 10pagi kontraksi bermula.. Di saat ini titis-titis peluh kecil mula timbul di dahi.. Cek jalan masih 1cm.. Sampai 4 ptg jalan hanya 3-4cm.. Istigfar , doa dan puji-pujian tanpa putus di mulut ibu.. ibu mertuaku datang menghantar bekal.. lauk sedap tapi selera terus putus dek kesakitan kontraksi.. Ibu2 masih terasa tak sakit bersalin cemana eh? Ibuku pula datang diwaktu rehat kerana beliau masih bekerja mencari rezeki untuk adik2 yang masih bersekolah. Alhamdulillah aku dikelilingi mereka yang banayk menbantu. Jam 8.15 malam sakit dah xdapat dibendung lagi.. ibu menrtuaku yang semakin risau melihat kesakitanku. Dia sediakan segelas susu untuk tenaga masa meneran nanti katanya.. ingin ditolak mentah2 tapi dek kerana menjaga hati dan kebaikkan untuk diri sendiri ku minum jua.. Ibu ku dirumah bersama anak sulungku dan adik bongsuku. Tepat jam 8.30 malam lahirlah putera kedua ini disambut oleh jururawat masyarakat di wad bersalin berisiko rendah.
Qhalif Irsyad Bin Md Jamil . Ibu doakan agar irsyad menjadi anak yang soleh dan bijak. Membesar denagan sihat dan dijauhkan dari penyakit merbahaya.aminnn
Kali pertama si abang berkongsi kasih.. Mudah-mudahan anak ibu ini menjadi anak yang soleh, berilmu, beriman dan beramal. Saling mengingati.
Majlis cukur jambul diadakan selepas 2minggu selepas pantang ini kerana kesibukkan banjir menyapa di akhir tahun 2013. Kuantan banjir wehh.. Minggu ke 2 pulang ke cenderawasih. lima hari duduk di cenderawasih terpaksa berpindah dengan hilux dek kerana air bah separas pinggang.. Wah tragik kan ibu berpantang dan baby baru ni..
Disekitar majlis yang diadakan malam hari di rumah kampung tengah.
Alhamdulillah.
Abang sedih . di kala ini kali pertama kaum kerabatku tidak memberi perhatian yang utama kepadanya. Yang dirai dan disambut tidak mengerti apa2.
Masa ini dah 5 bulan sekejap je kan masa berlalu.. botak haruslah.. Tradisi anak2 lelaki ibu bercukur 40kali seminggu seklai setiap hari rabu.. Mudah-mudahan dengan amalan ini kalian berdua menjadi anak yang pintar dan bijak.. mendengar kata dan mudah dibesarkan serta berbakti kepada kedua orang tua mu.
Ya Allah, semoga anak2 ku dapat mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah sehingga ke syurga, dapat menjaga ibu bapamu, dapat memandikan jenazah kami, dapat mengkafankan kami, dapat menyembanhyangkan jenazah kami, dapat mengebumikan kami dan doa yang tidak putus untuk kami sehingga ke syurga.. Insyallah.
Abang tunggu adik besar ye.. kita tgk cemana nanti.. hahah
Di kala hati memanjatkan kesyukuran dek kelahiran baru anakku, kami sekeluarga menghadapi ujian dariNya.. Bahawa janji Allah itu pasti..
Dia mengingatkan kita agar tidak alpa dan lupa kepadaNya
Nenek ku Mariam binti Saat. Telah pergi menghadap illahi di kala usia anak ke 2 ku 21hari..
Saat arwah dibawa ke hospital kerana sesak nafas. Maafkan kak yang tak dapat jaga mok walaupun sehari kerana baru melahirkan amanah ini. Semasa kecik selepas 44hari, ibuku terpaksa meninggalkan ku di kampung kerana mencari rezeki di Kuala Lumpur pada tahu 1985. Arwahlah yang bersengkang mata siang dan malam melayan karenah aku dan kakak ku. Ya ALLAH kau ampunkanlah dosa-dosanya. dan tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..
Arwah seorang yang tabah dan kuat semangat. Seorang guru mengaji dan ibu tunggal. Nasihat dan kata-kata darinya sentiasa terngiang-ngiang di pendengaran. Dengan sentuhan dan kelembutan arwah, cucu-cucu dan saudara mara menjadikan dia insan yang istimewa.
Masa di wad, kawan-kawan, jiran dan saudara mara jauh dan dekat datang menziarah menyedekahkan yassin . Alhamdulillah dan terima kasih.
Mok kak yang rindu sangat dengan mok.. AL-FATIHAH.. NOV 2013








