Magic Lake, Aussie

Saturday, September 27, 2014

Privacy ? Aku tak kesah..

27 sept 2014..

Semalam 26 sept 2014...  aku xkisah pun org nak berckp pasal aku.. kubur masing2 kan? memang aku kurang bercakap. nampak aku stress kan. kurang bercakap kurang dosa wei.. if u dont have something positive to say, better shut up.. sopan dan dalam maksud tu. ok katakanlah aku byk berckp maka akan terjadilah tersinggung sbb aku suka berterus terang, kalau aku bercakap maka akan terpesonglah niat aku dari nak tau sesuatu dah jadi mengumpat.. hey even duduk bersama sepupu sepapat or family je pun tak termasuk dengan kawan2 ofis lagi sure akan terbuka jugak cerita baik dan buruk seseorang.. lumrah hati manusia.. kita bukan maksum. adik beradik pun still org. Lebih2 lagi kalau adik beradik yang semua dah berkahwin dan mesti masing2 akan mengutamakan family masing2 kan? tepuk dada tanya iman. Aku bukan jenis suka bercerita masalah aku pada org.. terpulang kepada anda semua nak ckp aku ada masalah dalaman ke, famili ke mentua ke, korg tanggung sendiri okey selagi aku tak maafkan. Kalau aku cerita kat korg pun , apa yang korg bole bantu? bantu tambah garam mungkin kot, setakat ckp sabarlah dugaan hidup.. dah lama aku tau bukan hidup namanya kalau takde masalah.. Cukuplah suami aku tempat mengadu dan Allah tempat aku luahkan segalanya. tak luah pun Allah tau wei. so xpayah tunjuk amik berat kalau sebenarnya masing2 pun ada masalah sendiri.  Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk. Aku memohon agar Allah sentiasa anugerahkan aku hati yang redha dan semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan dalam menghadapi dugaan dariNya.. Terima kasih yang xterhingga pada banyak membantu(tolong jaga anak2, tolong angkat barang, tolong itu ini dan byk lagi sampai xtertulis... jgn kecik ati ye.. xigt dah).Hanya doa kesejahteraan kalian dapat aku panjatkan.Wang ringgit bukan ukuran. Semoga anak2 ku yang mana penyambung zuriatku ini dapat membantu kalian kelak.Insyallah

Okey.. pada yang sering bertanya bila aku nak duduk sendiri? tak rasa nak ada umah sendiri ke?korg tau ke aku ade umh sendiri ke tak? tak privacylah tak duduk sendiri.. do i care? eh kat kubur nnt korang rasa lah seprivacy mana okey..kurang ajar tak kalau aku ckp n jawab camni pada makcik2 or kawan2? rasalah sendiri. Aku tak de harta aku xkisah..aku xbole kumpul corelle, tupperware, vantage, kedebak kedebum, itu ini semua aku xkisah. keperluan aku semua cukup.. Alhamdulillah. Kalau ikut kehendak memang manusia ni semua benda nak yang torbaikk..terhebat. Duduk dengan ibu bapa dari dlm perut until now.. bertuah tak korg rasa? Ada dua je, satu bole tambah pahala kalo korg xpernah melawan ibu ngn ayah korgla. dua tambah dosa.. baik duk jauh2 kalau asyik melawan je.. buat sakit hati.. tapi korg tau tak duduk serumah even selalu buat sakit hati pun sekilas korg tgk muka ibu ngn ayah korg tau tak dapat byk mana pahala?eh ade plak yang persoal duk umah mentua.. siap senyum sinis kat aku. ade plak yang ckp aku pendam xcerita , mesti malu kalau org tau mcmana keadaan sebenar umah mentua. Alhamdulillah setakat ini hanya suami tempat aku luahkan. Rumah mama? rumah ma? cenderawasih? kampung tgh? dua2 bagi aku rumah org.. so must behave yourself. aku rasa rimas ? xprivacy? privacy aku langsung xkisah. rimas , kadang2 kat umah cenderawasih sbb mama aku jenis sakit mata xbole tgk serabut , tu kadang2 aku rasa dugaan sgt. yela budak2 kan. aku pulak xterkejar nk buat semua. aku paham mungkin ruang xsebesar mana ,tapi nak jugak balik cenderawasih sbb mama tinggal sorg dan mulut org wei.. tak balik umah mak ke? mulut org lagi haiyak..  serabut pulak ngn budak2 ni. Kat kg tgh aku rasa lebih terurus.Kalau ade yg ckp xbole tergolek terlentang depan tv.. lepas makan xnak basuh pinggan xnk basuh baju seminggu n what everlaa ,, kalau aku ckp aku xkisah ? korg pecaya tak? do i care ? Alhamdulillah semua benda tu xpernah memeningkan kepala aku. Sbb pegangan aku 'Hidup ini hanya sementara. Kehidupan dunia hanya sekelip mata.Keselesaan dunia bukannya abadi. Suami aku salu pesan semua tu xpenting. yang penting kita ade tempat utk berteduh dan bersama org tua. Kadang2 masa dia ckp tu mmg aku nak marah. lelaki bolehla ,bukannya ada rumah 24jam ngn anak. tapi bila direnung dan difikirkan balik pemikiran dia jauh kedepan.

Kalau ade sesuatu yang kita xsuka atau org lain xsuka lebih baik diam .. kunci mulut , istigfar banyak2. xpayahla nak luah2 sbb kadang2 kita bole terima kadang2 xbole. diam take ur time dan pasti akan kembali seperti sedia kala. ada yang ckp kalau tak bercakap rasa janggal. tapi kalau bercakap dan bergaduh terasa dan terluka akan rasa tak janggal ke? Oh tuhan .. sesungguhnya berilah aku kekuatan. Mulut manusia sangat berbisa.. kekadang aku mampu bertahan kekadang jatuh dan rebah jua aku tersungkur duka.

Maaf nukilan ni utk peringatan diri aku. beratus kali aku baca pun aku akan tenang dan sentiasa redha dengan kehidupan ini.