14 Mac 2017 -Day 3
Hari ke 3, tempat yang ke 4 adalah MIRROR LAKE atau dikenali juga dengan MAGIC LAKE atau SALTED LAKE. Masya Allah cantik sangat tempat ni, kami singgah untuk bergambar dan melihat sendiri tasik yang sering diperkatakan ini. Magic Lake ni dikenali bagi jurufoto2 yang datang, kat sini xperlu di edit dah gambar nya mmg semulajadi kecantikkan nya. ok jom layan gambar kat sini...
Ni la ayong saya.. teman travel .. happy die dapat pi obersea sesama
Nampak tak sape xdaya nak jump kat situ 👀👀👀👀👀
Subhanallah.. cantik sangat.. Percaya atau tidak jauh berjalan luas permandangan tu sudah semestinya dan lagi satu fakta yang tak bole dinafikan adalah keimanan kita pada Allah juga akan lebih meningkat dengan melihat kebesaran Allah untuk dibandingkan dengan betapa kerdilnya kita sebagai hamba Nya.
Saya bahagia sya gembira saya bersyukur melihat dia gembira dan tersenyum. Mana kita tau di sebalik senyuman dia, kita tak tau apa yang tersirat di fikirannya.. semestinya terkenangkan kehidupan perit dan jerih semasa mudanya.. Allahu izinkan aku membahagiakan ibuku .
Nak terbang ke mana tu cik Ha??
Teman travel saye.. syukurla dapat pasangan kaki travel juga :))
Perjalanan kami seterusnya mehnuju ke FREMANTLE FISHING BOAT HARBOUR. Perjalanan dari Hyden City mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.. So berehat dalam caravan sambil menikmati pemandangan sekitar..
Our driver sambil coffee okeyy... enjoy the view..
Rehat secukupnya sebelum sampai ya kiddo's
Finally we re here!!
Mertua vs Menantu
Di sini juga kami siap sedia makan tengahari.. Fish and Chip .. kata omputih kan..
My Little Family.. And i'm a queen of a family
Seronokkan jalan-jalan.. haih.. kita ni xtau hidup berapa lama jadi hargailah hidup kita :)
Selepas makan tengahari selesai kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu COTTESLOE BEACH our last destination untuk hari ke 3 ni.
Ini adalah view perjalanan dari Fremantle ke Cottesloe Beach
Nampak biasakan pantai ni.. Cottesloe Beach adalah salah satu pantai di kawasan bandar yang paling popular di seluruh Australia Barat.Menurut sejarah, pantai ini mencerminkan 110 tahun riwayat Perth.
Cik Ha dah penat kita kasi dia rehat ya.. kang beliau moody susah bak ang.. kalah dik jat muncung dia.
Ayong really enjoy the trip. bukan senang nak sampei yeop!!!
Budak ni xpernah kenal erti penat bila kami bertravel.. Dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
Demam pun kebah bila main tapi bila malam demam balik :(
Setiap tahun, Cottesloe Beach mempunyai pameran, Sculptures by the Sea, yang menampilkan karya seniman tempatan. Ini merupakan salah satu aktiviti di pantai tersebut iaitu Sculpture by the Sea
Ini di kenali dan dipanggil sebagai Cottesloe Esplanade iaitu tempat yang lapang berumput, teduh yang mempunyai pohon cemara Norfolk raksasa, merupakan tempat untuk berehat, bersantai bersama keluarga sambil tunggu sunset. Selain itu muzik jalanan juga ade di sini.Hari ke3 ini berakhir dengan menikmati matahari tenggelam. :)Kami sekeluarga juga turut sama menyertai melihat matahari tenggelam ni sebelum ni belum pernah hayat kat Mesia tgk matahari tenggelam kalau tak magrib mesti siap sedia mandi , solat dan mengaji..
budak bertiga
ayahnya
ibunya
tetiba abg ni ter romantik la plk bila tiba di bumi PERTH ni.. caya tak? aish banyak lagi tau gambar suweet yang dia minta kita amik sesama.. hihi.. isteri mana yang xsuka.. meh habaq mai ..
terima kasih abg
ok untuk penginapan malam ni kami ke campsite yang seterusnya iaitu
FREMANTLE VILLAGE HOLIDAY PARK..
Cantik sangat tempat ni..
Tapi kami xla tidur dalam rest house ni, kami tdo dalam caravan
Budaya campsite ni sebenarnya dah lama. Sebab tula tempat ni hidup kerana selalu dikunjungi. Dalam toilet tempat bersilam wangi dan dipasang old english song.. bayangkan.. nyamankan. Ni juga menjadikan pengalaman baru dan berharga bagi kami anak beranak.
Waste Dump Point.. Tempat pembuangan sisa dari caravan.. di awal pagi sebelum ke destinasi seterusnya tangki dikosongkan :)) Semuanya jelas dan teratur.
Okay until we meet again.. To part 3
Memory of my love life...