Magic Lake, Aussie

Wednesday, February 21, 2018

Percutian yang didambakan sepanjang hidup



Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ya Allah.. Post ini istimewa untuk kak yong.Untuk kenangan kita bersama. Mungkin inilah percutian kita yang paling indah selagi nyawa dikandung badan :)
Untuk yang kedua kalinya saya diberikan dimurahkan dianugerahkan dihadiahkan percutian yang didambakan ini. Ya Allah syukur.. Al kisahnya, 3 tahun yang lepas link to this post sebaik pulang dari umrah bersama keluarga mertua, suami saya berniat untuk membawa ibu saya pula ke tanah suci sebelum kami mendapat panggilan haji katanya perancangan dia memang mengejut sokmo.  Alhamdulillah Allah dengarkan niat suami saya. Lebih mengejutkan lagi bukan sahaja mama yang dapat pergi malah kami (suami, adik lelaki dan kakak) juga dapat bersama. Allah huakbar, tiada yang lebih menggembirakan seorang insan apabila dapat bersama dengan insan tersayang di tanah barokah. Murahnya rezeki saya dapat bersama suami tercinta dan ibu tersayang dalam masa yang sama inilah ME time yang akan saya gunakan sebaiknya.

Masih segar dalam ingatan perbualan malam itu, 'abg, ayg risaula mama pergi sendiri umrah tu, harap2la dia bole buat ibadah umrah tu dengan sebaik mungkin', 'xpelah ayg teman la mama, dengan syarat 3 tahun xbole berjalan luar negara' terkedu jap.. sebab tak percaya offer si dia. Terus saya kata nak dan tak kisahlah tak dapat pi luar negara pun. Sambung cakap kat dia ' kalau abg pergi sama kan best' tapi apakan daya kekangan jadual kerja yang belum pasti.

Masa terus berlalu, tanpa membuang masa saya terus merancang dan membuat persiapan. Pertama berbincang dengan kak yong dan pujuk adik lelaki saya sebagai mahram.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memandangkan sayalah yang meng'offer'kan diri untuk menguruskan segalanya, maka sayalah yang pergi uruskan dari A sampai Z. Ya Allah seronok tak terkata nak menjadi tetamu Pencipta kita. Persiapan kami seserdehana yang mungkin. Persiapan rohani adalah lebih penting lagi. Saya kongsikan bersama ahli keluarga yang lain mengenai persiapan yang saya buat dan amalkan dahulu hingga sekarang sebagai panduan tambahan umrah kali ini. Insya Allah bermula dengan lengkapkan diri dengan perkara wajib dan perbanyakkan perkara sunat. Solat sunat tahajjud, solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Perbetulkan niat dalam hati tujuan kita ziarah umrah.Beringat selalu dan jangan ada riak dan ujub. Untuk kali ini saya berniat dalam hati untuk qhatam di tanah haram, tak kisahlah di Mekah atau Madinah..Syukur Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat saya, pada hari ke 9 semasa di tanah haram Madinah, seingatnya pada malam kedua di Madinah saya telah qhatam. Alhamdulillah.

Dari segi persiapan rohani dan jasmani kali kedua ini, saya mendapat satu titik permulaan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Mudah2an Allah permudahkan dan perkenankan doa saya. Doakan saya istiqomah untuk berhijrah ke arah kebaikkan dari segi luaran dan dalaman.

Bermula dengan pendaftaran online sahaja melalui seorang ustaz kemudian proses menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Kami(saya dan ayong) mengambil keputusan untuk mengambil cuti sehari dan menjelajah ke tempat terbabit - pergi ke tabung haji, jabatan pendataran negeri, jabatan agama islam, klinik Ar-Razi dan akhirnya ke pejabat Andalusia   Biasala manusia, akan ada sedikit was-was jika tiada hitam putih. Lepas urusan mahram dokumen2 selesai kami terus ke pejabat Andalusia di Malay Town, Kuantan, rupanya masih ada lagi yang belum lengkap.


Sementara menunggu saya menguruskan pendaftaran.Apalagi wasup la mama tu.



Alhamdulillah syukur one step closer.. baru amik bag pun dah happy.. owh.. How i wish i can make u happy always
Alhamdulillah.. Pengesahan umrah ziarah kami :) Semoga dipermudahkan

Dahulu kami sekeluarga menjemput ustazah ke rumah untuk kursus umrah , maklumlah semua nya ada setempat di Kuantan, tapi untuk kali ini, masing-masing bertanggungjawab untuk menambah ilmu sendiri kerana berjauhan. Walau sesibuk mana pun zaman sekarang segalanya di hujung jari, terpulang kepada kita untuk berusaha ke tahap seterusnya.. ye dak?




Bermula la persiapan kami setelah segala persiapan utama diselesaikan. Abg tolong buat tagging, ayg buat sticker, ayong klik2 tgk barang2 yang xcukup. yang lain2 jangan risau kami uruskan semuanya. Untuk persiapan juga, kami (mama, ayong dan saya) pergi bersama-sama ke kedai2 umrah sekitar Kuantan. Segala bekalan ubat-ubatan untuk bekalan umrah dan peninggalan anak-anak pun telah lengkap. Pengalaman berumrah ziarah 3 tahun yang lepas saya jadikan sebagai panduan untuk persiapan kali ini pulak. Dari segi kuantiti barang keperluan, cuaca( harus belajar dan bertanya lagi kerana dahulu kami pergi pada musim cuaca panas kering) kali ni cuaca sejuk dingin=)

 Alhamdulillah sebulan sebelum kami berangkat MY RUSUK confirm dapat ikut turut serta. Allahu betapa sayangnya Engkau padaku menganugerahkan aku bersama syurgaku di saat paling mengembirakan ini. 😘 muah ciked - Nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan ya Allah. Bermula la niat dalam hati untuk berhijrah dan berubah sedikit demi sedikit. 

Hari demi hari kami semakin excited, sharing wasup dan msg berkaitan persiapan diri rohani dan jasmani. Selain daripada itu, saya jugak telah turun ke Kuala Lumpur untuk persiapan bekalan anak2 yang bakal ditinggalkan sementara percutian rohani ini. Checklist sekolah dan hari raya untuk tahun 2018.done! Dengan sedikit simpanan saya ni (i will share later ya cara sy menyimpan) dapatlah membantu en suami menyediakan kelengkapan sekolah dan sekaligus untuk persiapan raya. Ada org kata- wah cepatnya baju raya dah beli, puasa pun belum.Yes true.Tetapi apa salahnya kan, ajal maut semuanya di tangan tuhan. Niat saya kalau terjadi apa2 kepada ibu dan ayah ni at least segala persiapan untuk tahun terdekat ni ibu dan ayah dah siapkan. Balik dari KL bergegas ke sekolah abg dan adik untuk menguruskan yuran dan baju sekolah 2018. My target, sebelum berangkat ke tanah suci semua persiapan persekolahan dan perayaan  snsk2 lengkap sepenuhnya. Insha Allah dan Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan. Selain berusaha memenuhi perancangan, saya juga tidak putus berdoa dan berhajat agar Allah permudahkan urusan kami. 

Alhamdulillah. 15 Dec sehari sebelum berangkat ke tanah suci, kami diduga lagi. Syukurla mama dah pergi 2 hari sebelum berangkat, maka tinggalla saya dan husband sahaja untuk persiapan terakhir kami sebelum meninggalkan rumah pulak. Bersihkan kemaskan dan pastikan semua plug dan alatan berada dalam keadaan selamat .Tepat pukul 4ptg kami gerak dari kuantan ke Rompin kerana masih ada lagi urusan si dia yang belum diselesaikan. Allahu risaunya saya. Lambatla kami sampai di Klia nanti. Dalam perjalanan dari Rompin ke Klia pula, tepat pukul 8.15mlm melalui jalan Seremban (kalau xsalahla) kami diuji lagi dengan kemalangan sebuah kereta di belakang kami jatuh ke gaung. Allah jam dah pukul 9 malam perjalanan masih jauh ke Klia , pakaian ihram pun belum sedia lagi. Ni la ujian kan. Kami berpatah balik dan sedia membantu mangsa kemalangan kerana kawasan tu memang gelap dan tiada lampu jalan. Jika dibiarkan mungkin esok pagi barulah bantuan akan tiba dan si mangsa belum tentu hidup atau sebaliknya. Tiada sebarang tanda kemalangan di tempat kejadian mungkin kerana gelap gelita di ladang sawit, dalam hati terdetik mungkin halusinasi suami sahaja, tetapi dia yakin ada kereta terjatuh mengikut pandangan mata sisi cermin hilux. Asap berkepul2 sahla ada kenderaan jatuh di kawasan sekeliling, sayup2 kedengaran suara meminta tolong, dan suami segera menyahut untuk pastikan mangsa masih sedar dan memastikan bilangan mangsa. Dalam keadaan gelap gelita, risau akan kedalaman gaung maka kami mengambil keputusan untuk meminta tolong dengan pemandu yang melalui jalan tersebut. Tiada satu kereta pun yang berani berhenti di kawasan ladang sawit. Allah masa terus berjalan. Risau bukan kepalang. Alhamdulillah dalam setengah jam kemudian ada seorang hamba Allah berhenti-orang kampung berdekatan berhenti dan bermulala 2 buah kereta lagi berhenti menghulurkan bantuan. Kami terpaksa meminta diri kerana berkejaran ke Klia menyahut panggilan Illahi pula. Lega dan yakin bantuan akan sampai kepada si mangsa walaupun bukan kami sendiri yang menguruskan, dapatla kami meneruskan perjalanan dengan tenang.  Insya Allah sampai kepada mangsa kemalangan. 

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, dalam jam 10.30 malam kami gerak ke KLia dan singgah di hotel budget untuk mandi dan bersiap pakaian ihram. Bertalu-talu wasup dan call dr mama dan kakyong ..Risaunya bukan kepalang kerana kami harus berkumpul untuk taklimat, pemeriksaan boarding pass dan segala bagai lagi tepat pukul 1am.

Dalam masa yg sama gambar persiapan dr ayong dan akim di rumah ayong. Allahu terharu melihat panggilan Illahi.. Alhamdulillah syukur ya Allah kerana memberikan kesempatan kepada kedua darah dagingku ini. Buat Intan dan Noni jangan risau, sentiasala berdoa dan rindukanlah Tanah Haram selalu, insha Allah kalian juga akan menjadi tetamuNya suatu hari nanti. Allah maha pemurah lagi mha penyatang. Sentiasala bersangka baik walau apapun yang terjadi.



His wife my siL always by his side to support him.
Solat sunat musafir telah kami tunaikan sebelum bertolak ke KL, insha Allah solat sunat umrah di Klia sebelum berlepas
Akhirnya tepat jam 12.45am kami sampai di KLia 2.Syukur Alhamdulillah. Insha Allah kami akan berlepas dalam masa beberapa jam lagi.

Jom layan pic 


Syurga saya. Happykan mama saya nak jadi teramu Allah. Muka merah padam saya hasil berkejaran tanpa rehat dari Kuantan-Rompin-kLia. Sesampai di KLIA terus bergegas mengangkat bagasi dan berkumpul bersama keluarga  KL sambil men'tagging bag , menampal stiker , men'loading barang ke kereta ayong untuk bekalan anak2 di KL nanti. Ayah mana ayah? borak2 dengan kawan dia??!! Sabar2 ni la ujian nak bole ke sampai tu kan. Ha mana xmerah padam muka ibu :(

Sebelum berpisah bermanja manjaan dulu.Masa ni adik jat demam.Kuatkan semangat ye sayang.Ibu pergi tak lama bertamu di rumah Allah.murah rezeki kita pergi umrah ziarah bersama pula.





Sesi air mata.si sulong ibu tanya kenapa xmau bawa qhalif bersama. Insha Allah ada masa kita akan pergi menjadi tetamu Allah bersama2 pula ya sayang. Ibu pergi untuk mama ibu kerana Allah. Biarpun ada yang berkata 'buat apa pergi kan dah pergi, anak2 siapa nak jaga'??!!' Siapakah yang rugi membuat keputusan untuk tidak pergi ke tanah suci? Walau terpaksa bergadai nyawa Insya Allah saya mencari kedamaian dan ketenangan yang sementara iaitu hanya di tanah haram. Rasailah, nikmatilah dan fahamilah. Bukan semata-mata percutian. Sungguh saya sedih dengan pandangan yang sebegitu. Sepatutnya ucapkanlah syukur Alhamdulillah. Sykur anak2 ibu dapat menerima dan mereka seakan faham dan sedikit pun tidak menangis meronta-ronta. Insha Allah Qhalif faham dan ibu berpesan jagala adik2 bila ibu tak ada nanti. Dengan adik Irsyad setiap malam mesti telefon dan bertanya khabar kerana permata hati ibu seorang lagi  tu ada di kuantan di rumah nenek (belah husband) untuk mengubat kesunyian atuk dan  nenek maka terkorbanlah mereka  bertiga dengan perpisahan sementara ini. Ibu tak risau ibu tak sedih bila mereka xdapat duduk sekali kerana ibu tahu Allah akan jaga mereka walau di mana mereka berada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan.Ibu balik nanti kita jalan2 okey. Anak2 bukanlah milik kita. Segalanya milik Allah. Pinjaman sementara di dunia. Kita hanya diamanahkan untuk menjaga, mendidik dan mengajar mereka sesempurna dan sebaik mungkin.


Jangan risau jangan sedih sayang. Allah ada sama2 kita. Lepas dua minggu nanti kita jumpa semula ya.

Sesi taklimat, pemeriksaan boarding pass, check in bagasi


Kami dah bersedia .Insha Allah


Untuk kedua kalinya kita dapat ke jabal rahmah .insha Allah




Sape tau teman sebelah adik saya tu rupanya teman sebilik dia. Hingga sekarang ukhwah terjalin.Alhamdulillah


Perjalanan kami ke tanah suci pun bermula selama 8 setengah ke 9 jam menuju kiblat yang satu. 



Tanah Arab tu dah nampak dah skit kan. Bertemu lagi kita :) Dalam masa kurang dari satu jam adalah kawasan niat berihram  iaitu di Miqat Qarnul Manazil. Juruterbang telah mengumumkan telah sampai di tempat tersebut dan bermulala kami para jemaah menjaga pantang larang berihram. 





 Masa ni dalam pukul 9 ke 10 pagi waktu arab, di KING ABDUL AZIZ AIRPORT. Suasana masih lengang sebab penerbangan kami awal pagi. Alhamdulillah tak bersesak pun.



Alhamdulillah syukur, akhirnya kita dapat kongsi rasa itu, rasa pertama kali sampai di Bumi barokah. Perasaan yang sukar digambarkan. Hanya dapat dirasa dikongsi dan difahami oleh sesiapa yang mengalaminya sahaja. Sebak syahdu takut dan gentar bercampur baur. Mengalir airmata tatkala kaki mula menjejak tanah barokah ini.  Akim dan kakyong, gunalah sebaik mungkin peluang ni, sama-sama la kita berdoa agar kita dianugerahkan umrah yang maqbullah. Dengan niat Allah istiqomahkan perubahan penghijrahan kita ini. Mudah2an seusai umrah nanti kita akan lebih mengutamakan yang utama ya. Sama2la kita berdoa.


Saya, mama, ummi(ceklang ni adik mama yang ke 4) dan ayong. Wahai anakanda ummi semua jangan risau ya, insha Allah kami akan jaga ummi sebaik mungkin sebagaimana kami menjaga mama. Wajah-wajah yang ceria pertama kali sampai di tanah arab. Abang dan akim sedang sibuk mengambil bagasi kami. :) Sementara itu jangan lupa pantang larang berumrah ya. Bergambar untuk kenangan dan blog storyy :)


Seronok sangat nampaknya.. Perjalanan kami menuju ke Masjidilharam dalam keadaan berihram umrah. Setelah selesai proses mengambil barang-barang di airport.



Pemandangan dari dalam bas menuju ke Hotel Hilton tempat kami tinggal selama di Makkah. Sambil bertalbiah bersama mutawwif. 

 Kelihatan menara jam sebagai tanda kami sudah semakin hampir dengan Kaabah.. Allahuakbar, Alhamdulillah untuk nikmat ini. Tertoleh sepintas lalu pada mama dan ummi. Mama mengesat airmata. Masyallah. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Dapat pergi dengan mama pulak. Alangkah indahnya kalau papa ada sama-sama. Doa kak yang dari jauh agar papa pun dapat menjejak kaki kat sini dan merasa sendiri nikmat Allah ini. Tiada apa yang mustahil selagi Dia menghendakinya. Insya Allah.

Setelah selesai makan tengahari di hotel berhampiran yang telah diatur oleh pihak Andalusia ( Hotel lain kerana untuk mengelak masalah pertembungan  urusan check out jemaah di hotel Hilton, kami berkumpul di lobby Hotel Hilton untuk sesi taklimat dan diberi masa untuk berehat sebentar di bilik masing-masing sementara menunggu Fardu Asar dan bersiap sedia  untuk menyempurnakan ibadah umrah dan buat pertama kalinya untuk melihat Kabaah. 


7  kali pusingan melawan jam mengelilingi Kaabah
Tak kira masa tak kira cuaca kawasan keliling Kaabah sentiasa bersesak dipenuhi jemaah .
Pada ketika ini Masjidilharam sedang dalam proses penggalian telaga zamzam titik sumber air yang baru ditemui. Tetapi proses ini langsung tidak mengganggu ibadah umrah para jemaah. Segalanya berjalan dengan tenang dan lancar. 


Masya Allah. Allahuakbar. Berhampiran Hijir Ismail. Gambar ini diambil ketika saya dan suami melakukan sunat tawaf. Ahli keluarga yang lain terpisah dalam lautan manusia. Semasa menunaikan ibadah ihram umrah mengenai wangian dikenakan dam , oleh itu jemaah umrah yang dalam larangan umrah tidak boleh memegang Kaabah kerana kain Kiswah ini mempunyai wangian. Saya berada dekat, sangat dekat, sempat menyentuh Kaabah 😭😭😭😭 sambil mengamin kan doa dari suami tercinta. Allah makbulkanlah doa kami. Luaskan rezeki kami ya Allah dalam segala lapangan di dunia dan di akhirat.



Seusai tawaf terus melakukan solat sunat tawaf di kawasan multazam atau setentangan dengan kawasan mustajab doa. Sejurus selepas itu, kami meneruskan dengan Saei dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 kali dan akhirnya di akhiri dengan Tahallul.






Ampunkan dosa2 kami ya Allah. Ampunkan kami. 







  Syukur Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan ibadah umrah wajib dengan izinNya. 
End of day 1(16 December  2017)

Insya Allah till the next post

Memory of my love life...


Monday, February 5, 2018

My Sports Boy 2017 vs 2018

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ya Allah
Kami diberi kesempatan untuk melihat kecergasan anak2. Dari tahun 2017 dan 2018 ini ibu dapat tengok pembesaran Qhalif dengan gembira dan bahagia sekali.

Tahun 2017 adik masih kecil Qhalif baru jejakkan kaki ke alam persekolahn sebenar..
Masa ni ayah join program Hiking bersama media dan bomba negeri Pahang ke
 Annapurna Mountain , Katmandu, Bangladesh. Dengan gagahnya ibu redah hujan bersama Qhalif, berdua kita berjuang kumpul pingat. Ibu xkisah ibu xlemah. Sama2 ibu bagi semangat pada Qhalif dan ayah untuk kejar impian dan cita-cita masing-masing. Be positive!! Hidup hanya sekali, peluang yang datang cepat2 kita sahut dan sambar.

04th Februari 2018
2 Uthman
Sukan Sekolah Rendah Islam Al -Irsyad.
Hujan renyai2 bangun macam biasa xseawal hari persekolahan sebab semalam baru balik dr kampung tengah je pun 😅😅😅. Nak bawa si kecik ke tak, nak ke tak, ibu decided bawa semua, dalam kepala ligat mikir bekal apa nak bawa, sure ade jualan tapi kalau bole bawa bekal juga nak sampai ke pukul 1 tu ade semua gerai kami jelajah.. xmau ajar depa membeli je sume even ade duit sekali pun ibu sentiasa ajar anak bawa bekal.. Bukan kedekut tapi kebersihan dan kesihatan lebih terjamin kan kan.
Okey, kejut orang yang empunya hari sukan dulu, kasi semangat sikit, kejut adik2 dan last ayah la sebab semalam dia balik lewat. Ibu siap mandi, solat, mengaji terus siap pakaian anak2 dan ayah, berkejaran keluarkan frozen temosa dan karipap, nugget, mr crab dan koktel sosej.. defrost dan bawa bekal kopi -o.. Naik bilik tengok semua dah ready dan ayah pulak pi mandi dan solat. Kami xsempat sarapan di rumah biasanya sebelum semua keluar rumah kene makan dan minum dulu walaupun semulut sorg, biasa nya bermulut2   Oleh kerana kami tak tahu lokasi Sek Keb. Melati so, sarapan dalam kereta sajelah.. Nak dijadikan cerita ibu ikut la MAP ke lokasi yang di sharekan oleh mualimah dalam grup kelas 2 Uthman, tettt sesat jalan mati, ayah punyalah marah sebab tak pakai application Waze.. Sorry ibu xminat waze sila guna phone ayah, bukan nak melawan tapi dah tau kita salu xbetul cubalah abg buat sendiri , at least minta tolong bukakan waze tu, xpasal2 berselisih paham la pulak sampai jatuh air mata ibu.. sentap kan. Ibu memang emotional. Xmo layan bawa bekal sendiri xmo cakap dah, penat tau.Akhirnya sampai kami ke Sek Ren. Melati... Lainkali buat kat padang sekolah yang dekat dengan bandar sikitla mualimah... ishhh..
Okey jom layan gambar

Hujan di awal pagi.. semua semangat.. 1st time kot tengok sukan macam ni.. Ayah dari dalam kete lagi makan , makan, makan.. pastu marah ibu.. benci 😌😌😌😌😌

  Burung ababil, maskot untuk rumah hijau.. Pengalaman tahun ke dua..

Nampak tak kat belakang tu... haa paling menarik perhatian si budak berdua ni, termasuklah abg nye jugak

Lapar tau, ni bekalan rumah sukan abag, tak habis pun bebudak kalau makan sorang, share dengan adik2

Lama tak tengok suasana sukan macam ni.. Mendung bak hang.. tapi suasana tetap meriah..
Khemah sukan biru, merah, kuning dan hijau..
Maskot memasing 
Shark Doo..Doo(Biru), Semut merah(Merah), Mr Bee (Kuning) Burung Ababil (Hijau)

  
Peace Yaww


Hijau Hijau Hijau
Semangat bersorak untuk abang


 My Sports Boy

  Dia cakap xseronok sebab permainan tak mencabar 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Sabarla sayang, awak tu baru 8 tahun, baru tahap 1, nanti masuk tahap 2 baru tau nak main acara balapan. Memang dari kecik lagi dia suka sesuatu yang mencabar. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan

  Semangat habis dia

Supporter abang Qhalif . Harap-harap tahun depan kami dapat bersama macam ni lagi . Ya Allah anugerahilah kami rezeki masa, ruang dan kewangan yang luas dan berpanjangan.. amennn..
Hasil tangkapan perjuangan sukan tahun 2018 ni =)  Syukur Alhamdulillah, moga2 dapatlah membakar semangatnya ya dan menjadi inspirasi buat adik2.

Okey ni pula adalah throwback tahun lepas.
1 Ali
25th Februari 2017
Masa ni di padang Universiti UIA..
2 Tahun sekali akan diadakan karnival sukan Al Irsyad
dan tahun selepasnya akan diadakan hari sukan tahunan






Sentiasa ada disisi walau susah dan senang. Insya Allah


Menang gaya dulu 😆


 Qhalif 7 tahun @ 2017







 Hasil perjuangan tahun 2017... Ibu akan sentiasa sokong apa yang Qhalif cita-citakan Insya Allah