Alhamdulillah syukur ya Allah
Kami diberi kesempatan untuk melihat kecergasan anak2. Dari tahun 2017 dan 2018 ini ibu dapat tengok pembesaran Qhalif dengan gembira dan bahagia sekali.
Tahun 2017 adik masih kecil Qhalif baru jejakkan kaki ke alam persekolahn sebenar..
Masa ni ayah join program Hiking bersama media dan bomba negeri Pahang ke
Annapurna Mountain , Katmandu, Bangladesh. Dengan gagahnya ibu redah hujan bersama Qhalif, berdua kita berjuang kumpul pingat. Ibu xkisah ibu xlemah. Sama2 ibu bagi semangat pada Qhalif dan ayah untuk kejar impian dan cita-cita masing-masing. Be positive!! Hidup hanya sekali, peluang yang datang cepat2 kita sahut dan sambar.
04th Februari 2018
2 Uthman
Sukan Sekolah Rendah Islam Al -Irsyad.
Hujan renyai2 bangun macam biasa xseawal hari persekolahan sebab semalam baru balik dr kampung tengah je pun 😅😅😅. Nak bawa si kecik ke tak, nak ke tak, ibu decided bawa semua, dalam kepala ligat mikir bekal apa nak bawa, sure ade jualan tapi kalau bole bawa bekal juga nak sampai ke pukul 1 tu ade semua gerai kami jelajah.. xmau ajar depa membeli je sume even ade duit sekali pun ibu sentiasa ajar anak bawa bekal.. Bukan kedekut tapi kebersihan dan kesihatan lebih terjamin kan kan.
Okey, kejut orang yang empunya hari sukan dulu, kasi semangat sikit, kejut adik2 dan last ayah la sebab semalam dia balik lewat. Ibu siap mandi, solat, mengaji terus siap pakaian anak2 dan ayah, berkejaran keluarkan frozen temosa dan karipap, nugget, mr crab dan koktel sosej.. defrost dan bawa bekal kopi -o.. Naik bilik tengok semua dah ready dan ayah pulak pi mandi dan solat. Kami xsempat sarapan di rumah
Okey jom layan gambar
Hujan di awal pagi.. semua semangat.. 1st time kot tengok sukan macam ni.. Ayah dari dalam kete lagi makan , makan, makan.. pastu marah ibu.. benci 😌😌😌😌😌
Burung ababil, maskot untuk rumah hijau.. Pengalaman tahun ke dua..
Nampak tak kat belakang tu... haa paling menarik perhatian si budak berdua ni, termasuklah abg nye jugak
Lapar tau, ni bekalan rumah sukan abag, tak habis pun bebudak kalau makan sorang, share dengan adik2
Lama tak tengok suasana sukan macam ni.. Mendung bak hang.. tapi suasana tetap meriah..
Khemah sukan biru, merah, kuning dan hijau..
Maskot memasing
Shark Doo..Doo(Biru), Semut merah(Merah), Mr Bee (Kuning) Burung Ababil (Hijau)
Peace Yaww
Hijau Hijau Hijau
Semangat bersorak untuk abang
My Sports Boy
Dia cakap xseronok sebab permainan tak mencabar 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Sabarla sayang, awak tu baru 8 tahun, baru tahap 1, nanti masuk tahap 2 baru tau nak main acara balapan. Memang dari kecik lagi dia suka sesuatu yang mencabar. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan
Semangat habis dia
Supporter abang Qhalif . Harap-harap tahun depan kami dapat bersama macam ni lagi . Ya Allah anugerahilah kami rezeki masa, ruang dan kewangan yang luas dan berpanjangan.. amennn..
Hasil tangkapan perjuangan sukan tahun 2018 ni =) Syukur Alhamdulillah, moga2 dapatlah membakar semangatnya ya dan menjadi inspirasi buat adik2.Okey ni pula adalah throwback tahun lepas.
1 Ali
25th Februari 2017
Masa ni di padang Universiti UIA..
2 Tahun sekali akan diadakan karnival sukan Al Irsyad
dan tahun selepasnya akan diadakan hari sukan tahunan
Sentiasa ada disisi walau susah dan senang. Insya Allah
Menang gaya dulu 😆
Qhalif 7 tahun @ 2017
Hasil perjuangan tahun 2017... Ibu akan sentiasa sokong apa yang Qhalif cita-citakan Insya Allah











