Magic Lake, Aussie

Thursday, February 1, 2018

Back packers bersama ayong!!

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.. One of my target  DISNEYLAND..here we come...
Tapi sayang ayah xdapat join kita pi masa ni.. sebab kita join trip ayong.. Berpeluh jugak nak handle sensorg.. Paling mencabar masa dalam flight.. lain2 okey je.. bila xde aktiviti dan duduk menunggu itu menjadi masalah besar pada budak  bertiga ni..
Sebenarnya Hong Kong ni adalah destinasi sebelum kami pergi ke Australia, tapi i update pasal Australia dulu takut terlupa sebab lama sgt tempoh bermusafir ke Perth tu..
Ok jom kita share ape yang menarik di Hong Kong ni.. Semasa i dengar pasal Backpakers trip ke Hong Kong ni terus terbayang kan Disneyland dan anak2.. tanpa pikir panjang terus decide nak gi.. Abang plk tak dapat bg kata putus nk join ke tidak sebab schedule of work yg overload akhir2 tahun, so i minta izin nak pi ngn kakyong.. and LULUS.. xcuba xtau kan.. mayb dia dah konfiden nk bg ibu pi sendiri dgn ank2, walaupun ayah dah bagi tapi i promise this is the last trip without ayah, xseronokla ayah xde, hilang sorg tukang amik gambar, tukang handle anak, yang pastinya tukang bayar ibu dan anak2 :) teman tidur tu sudah semestinya kan kan.
Ok back to the track, selama 4 hari 3 malam kami menjelajah bumi Hong Kong..

18hb November 2017 selamat sampai ke Hong Kong. Ini kali pertama ibu jejakkan kaki ke sini, 1st time tengok dari seberang laut dari Macau bersama2 ayah . Masa tu babymoonkan abg Qhalif Iskandar cum honeymoon la dr tanah besar kami singgah ke Macau.








 super excited



Hong Kong Airport (18 November 2017)
Kemudian kami bergerak ke hotel bersama abg E as a lead of our team. Kata backpakers kan.. turun naik bas and train tangga bagai lipat buka lipat buka stroller. Fuhhh.. Katang ibu ni.. Untuk malam ni kami sampai ngm2 waktu untuk tidur dan refresh kan diri untuk perjalanan hari esok..

19 November 2017 - Day 1 @ Hong Kong
Jalan-jalan di sekitar Menara Jam . Tempat ni adalah salah satu  mercu tanda Hong Kong adalah dari Zaman Arang Batu dan mengingatkan tentang Hong Kong sebagai warisan jajahan kolonial.






Hotel kami berada di seberang tanah Hong Kong. Untuk ke seberang tanah Hong Kong ni kami menaiki  The Star Ferry merupakan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China. Walau pun pulau dan tanah besar itu kini telah dihubungkan dengan terowong bawah tanah, namun perkhidmatan feri tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.So merasa la anak2 ni naik feri ke Hong Kong.





 Di seberang tu adalanh Hong Kong City 


Happy for them.. 

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke The Peak - Di mana terdapatnya pemandangan bangunan pencakar langit yang tiada tolok bandingnya, pelabuhan yang airnya berkilauan dan kehijauan bukit-bukau di New Territories juga dapat dilihat dari kejauhan.











 Victoris Peak dan MadameTussauds
Untuk sampai ke Victoria Peak, anda boleh merasai pengalaman menaiki Peak Tram. 
Victoria Peak merupakan tempat terbaik untuk pelancong menikmati pemandangan bandar Hong Kong secara menyeluruh dari atas. Dengan ketinggian 554 meter di atas paras laut, Victoria Peak merupakan puncak tertinggi di Hong Kong.


ni dah sampai puncak dan di situ lah Hong Kong City.. kota metropolitan
Ibu tak kan lupa pada ayah and tadaaa.. this is for you sayang ..





i love u so much..
pergi mana2 ibu mesti bawa askar!!

 Last but not lease nasi itik Hong Kong.. bolehlaa.. piaww punya


Okey balik rehat yukk..

20 November 2017- Disneyland Yeayyy
Hari yang di tunggu telah tiba.. i wish i wish i wish Alhamdulillah.. Syukur dapat merasa nikmat ini


Belum jejak kaki dalam train lagi dah terbayang - bayang dan berfantasi macam Cinderella..tengoklah tarin nye.. mak ai.. Alice in Wonderland betul.. Pengangkutan untuk ke Tanah Disney ialah dengan meNaiki Mrt hingga ke Sunny Bay Station dan anda perlu tukar train ke arah Resort Station (MRT Disneyland Resort Station) hingga tiba di Disneyland.



Happy face of my kids



My other half
Love you yong













Seharian kami di sini makan di dalam ni pon best2.. huh penat kaki berjalan, berehat solat dan bg ank2 tidur selelap.. 

 Toy Storey Land





























tibalah acara puncak nya pada pukul 8 malam lebih kurang. Sebelum tu kami meneroka setiap pelosok disneyland ni











Masha Allah its really beautiful



ok Jom balik sambung shopping kat Nathan Road iaitu kawasan Tsim Sha Thui Tempat ni terkenal sebagai pusat membeli belah yang terletak di selatan semenanjung Kowloon. Ia juga tempat menarik di Hong Kong yang paling banyak dilawati. Terdapat banyak kedai, pusat membeli-belah, restoran serta bangunan pejabat di situ. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang jalan dan merasai sendiri suasana bandar Hong Kong. Gambar semasa Shopping seperti biasa nan hado..
So jom balik rehat esok kita akan siap siaga bergerak balik.

Ok di hari ke 4,
21 November 2017..
Bersiap sedia untuk terbang pulang
Mana tau rezeki kita jejak kaki ke disneyland tanah jepang pula... :) ok till we meet again ..

Memory of my love life...