Magic Lake, Aussie

Friday, April 27, 2018

my way my saving!!

Assalamualaikum.. 
Salam Jumaat yang mulia.

T.A.R.G.E.T
Nampak tak my side bar content tu. My number 2 target. Saving account cash ye - 5angka. Is it posibble or imposibble? Ramai yang cakap ala xheran pun kalau ni target dia senang je kalau tengok dorg ni. Alhamdulillah syukur untuk doa yang kalian tadahkan. Tahukah korang macamna cara saya capai impian ni? This is not a merge account. My own account only without mix with husband income. Merge account hubbyla control.  Rasa-rasa kerja makan gaji ni dapat tak achive this target if without planning and dicipline saving plan?  Ini adalah impian, cita-cita dan matlamat saya. Bukan untuk membongkak atau mendabik dada. Sesuatu yang kita coret, tulis dan papar adalah untuk peringatan dan juga pembakar semangat untuk mencapainya.

Duit bulanan yang suami berikan memang digunakan sepenuhnya untuk simpanan saya. Semua belanjawan yuran, dapur dan cinonet cinonet akan saya gunakan duit saya dahulu. Alah sama jugak ye idak? Claim la balik apa yg dah keluar tapi selalunya lebih la yang dapat tu. Alhamdulillah. Semoga abg sentiasa murah rezeki banyak-banyak. Memandangkan cik abang selalu bagi duit over the due date 😉 its ok, as long as mesti bagi kan.. Memang gaji saya tak banyak mana tapi Alhamdulillah masih bole didahulukan untuk kewajiban bulanan kami sekeluarga. Saya sejenis yang tak suka late payment, kalau ngn bank komfem kene extra charge, kalau ngn manusia plk xkan la kita suka orang bayar lambat kat kita kan.  I'm always put others on my shoes. Baru kita tau apa perasaan orang kalau kita suka cari masalah. Ramai yang kata, alaa bole la simpan duduk ngn mak, makan, rumah semua tak yah bayar. Tula kan ramai orang sibuk berkata-kata sampai buang masa untuk mengejar peluang dan ruang depan mata. Sape kata kami xbayar rumah, kami ade rumah ( lepas siap direnovatekan rasa sayang nk bagi sewa - plan for homestay tapi kekangan masa dan tenaga kami hanya buat rumah tersebut sebagai rumah hinggap keluarga sahaja, segala kelengkapan kami sediakan sepenuhnya)  nampak tak kami tetap kene bayar rumah. Makan xperlu beli ka? Ishh yang ni pikiaq la sendiri, kami anak beranak mak sorg rasa2 macamna ye? Tergamak dak hang? 

Dengan rezeki yang dah disuratkan ni pengurusan dan penggunaan yang bijak sangat memainkan peranan, to TARGET, MANAGE AND USE. Plus dapat juga kami jenjalan kalau tak jalan jauh jalan dekat pun ALHAMDULILLAH. Rezeki Allah sape nak pertikai. 
Saya pernah tiada duit dalam akaun even rm10 pun. Akaun bukan main banyak sampai 4 jenis bank, tapi apa yang saya amalkan saya kan transfer duit (bukan masa xdak duit jekla) yang ada ke badan-badan kebajikan yang tersenarai dalam online banking, tak kirala rm 5 pun bole.  Sesusah susah kita ingatlah masih ada yang lagi susah. Sentiasa bersedekah. Sentiasa amalkan Al Waqiah. Rezeki yang paling ketara adalah ketenangan dariNya. Bukan itu sahaja saya juga selalu amalkan bernazar. (If I'm got this I will fasting or donate or what ever as long as we can share with others)- Ini adalah untuk mengajar diri saya sendiri - bukan senang nak senang dan kita mesti berkorban sesuatu untuk dapatkan sesuatu selain daripada kita kene ingat kesusahan orang lain juga. Itula yang selalu saya amalkan. Rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk, bukanlah kemudahan kewangan sahaja. Dengan gaji yang tak seberapa ni Alhamdulillah saya berjaya menguruskan simpanan hari tua -
ASB loan 6angka. Xmo cite pasal ASB ni sebab banyak version kan. So lakukan apa yang korang yakin dan jangan sesekali waswas atau overthinking ini akan memudaratkan kesihatan takut2 terpesong akidah.

Jom share my way of saving plan.

SISTEM ENVELOPE DAN TARGET

 Alhamdulillah ni set ke 2 untuk tahun 2018

 Semua ni segala perbelanjaan yang dah keluar dan mesti dikumpulkan balik dan juga untuk projek jalan-jalan, perbelanjaan saya akan asingkan siap-siap. Ni baru perbelanjaan. Belum lagi perjalanan projek dan itinery yang dah disusun. Insha Allah untuk next next entry saya akan abadikan dalam blog ni cara jalan-jalan saya. Of course yang jimat dan enjoice!!


Ni pulak cara dan label yang sy google untuk memudahkan saya mendisplinkan diri dalam pengurusan simpanan kewangan. Pengalaman tahun 2017 saya dapat realisasikan ketiga-tiga envelope ini. dapatla lebih kurang rm3500++.. Nampak sikitkan tapi saya dapat cover perbelanjaan sekolah tahun 2018 dan raya 2018. Untuk tahun 2018 target saya untuk simpan lebih dari 3 set sampul ini. Alhamdulillah belum setengah tahun lagi saya dah capai satu set. Perjalanan set kedua dah separuh jalan. Doakan saya berjaya. Banyak lagi impian dan target untuk dikecapi. 

SISTEM BUKU BELANJAWAN


Catatkan segala komitmen supaya dapat dijadikan panduan perbelanjaan akan datang. Sentiasa perbaiki cara perbelanjaan untuk menjamin trend kehidupan yang lebih baik dan dapatla kita menghayati keindahan Allah , bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. xkan la kita nak selamanya berada di takuk yang sama kan. Always have a TARGET to achive!!

SISTEM FILING

  File 2017 

File 2018

Sebenarnya ini adalah untuk kekemasan dan segala perbelanjaan penting yang mesti direkod. Melayu mudah lupa. Ye dak? Melayu juga suka akan kecantikkan. Why not be creative :)

Jangan sesekali membandingkan hidup kita dengan orang lain. Ukurla baju di badan sendiri. Bersyukur apa adanya. Jangan juga terlalu yakin dengan sesuatu perkara hingga sanggup berhutang sana sini untuk memuaskan nafsu semata-mata. Sentiasa bersyukur, bijak dalam berbelanja dan penggunaan. Semoga Allah murahkan rezeki kita seluas luatan dan keberkatan yang paling penting. Dan ingatlah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Sentiasala bersedekah dan memberi dan jangan pula kita harapankan apa2 balasan. 

Pikir baik-baik, buat baik-baik, cakap baik-baik, doa baik-baik, pakaian baik-baik, makan baik-baik , semua mesti baik -baik lah, INSHA ALLAH hasilnya pasti baik-baik.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH YA RAHMAN.

My saving way is only to share and to keep in my way and my mind. Jauh sekali untuk show off. Husnuzon ya kawan-kawan. Jangan sesekali buruk sangka. Kerana yang buruk itu akan berbalik pada kita jua. BAIK-BAIK. Wallahualam

OK Insha Allah for next entry - my new car for 2018 
~ target achived on APRIL 2018~
ALHAMDULILLAH