Magic Lake, Aussie

Wednesday, March 11, 2020

Putera ke 3 kesayangan kami :)

                             
                           

Assalamualaikum...

Tanggal 1 May 2015 pada pukul 11.59 minit malam lahirlah putera ke 3 kami.. Qhalif Izzat nama diberi. Semoga Allah limpah ruahkan lagi rezeki kita dengan kehadiran kamu sayang.. Kelahiran yang paling mudah untuk setakat ini ( 3 kelahiran) Selepas magrib, seusai makanmalam bersama tokki, ibu ada rasa leaking.. Tapi sikit2 je, nak ke tak nak ye g hospital tap sempat ke dapat tarikh 1 May ni, tapi dalam hati memang dah target nak 1 May , niat pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan ku. Ok bersiap mandi dan solat, daddy akim hantar ibu, tara dah 2 cm je.. Tapi still leaking sikit2, doc cek ctg semua ok, pecahkan ketuban dan air still clear, doc decide bawa ke high risk dalam pukul 9 malam dan call ayah yang kebetulan berada di Rompin. Sampai di high risk dengan wheelchair je dari low risk. Terus masuk labour room. Nurse masukkan drip dalam lebih kurang pukul 10.30malam dan dalam pukul 11 malam sakit contraction dah mula, sikit2, 11.30 malam ibu tengok jam sikit lagi nak masuk 2 May, doa pada Allah hadiag untuk ayah sempena hari pekerja :).. Perkenankanlah ya Allah.. tuptup pukul 11.59 lahirkan seketul hadiah buat ayah di hari jumaat yang mulia ini... Alhamdulillah.. Tak ada yang thrill dan menarik pun cuma ibu saja nukilkan buat simpanan dan kenangan ibu :).. Terima kasih Allah untuk rezeki dan amanah ini.. Dan buat ketiga kalinya ibu masih berpantang di rumah nenek.. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang banyak membantu.


Hadiah untuk ayah yang kuat bekerja 1 MAY 2015.. 3.4kg.. semoga menjadi anak yang soleh sayang.


 Selepas habis pantang. Majlis bercukur dan berendoi..


Our first holiday.. pergi penang :)


 Raya pertama  adik izzat di Pasir Tumbuh.


3 bulan .. 6.7kg


 Masa ni hari raya kedua.. tahun 2015








Happy 6 months adik izzat

Ya Allah anugerahkanlah kami anak- anak yang soleh 
Aaminn