Magic Lake, Aussie

Wednesday, March 11, 2020

New Edition of Us 2019

Assalamualaikum..
Baby Idrees in da house.. Masa ibu update blog ni sebenarnya umur Idrees dah nak masuk 10 bulan.. Alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Baby bertuah Idrees dah jejak Maldive seusia 9 bulan. Ok, jom kita share cerita baby Idrees dilahirkan pulak.. Beza umur Idrees dan abg Izzat adalah 4 tahun. Macam biasa ibu tak ambil perancang keluarga. Semua nya hanya berserah padaNya seiring dengan usaha kita la kan. Hampir 5 bulan jugak la kot ibu berusaha nak mengandung balik. Alhamdulillah. Allah tahu bila masa yang terbaik dan sesuai nak hadirkan adik baby ni.. Ibu harap adik baby adalah bongsu kita..😊 Ok ni kisah Idrees.. Dilahirkan sama bulan dengan abang Izzat iaitu bulan May.
Mengandungkan Idrees paling lama iaitu 39 minggu secara pembedahan.. Akhirnya ibu merasa macam mana lah rasa caesarean tu :) Abang-abang yang lain semuanya bersalin paling lewat 37 weeks. Adik baby sorang la yang paling special setakat ni. Orang kata ikut tingkap dan jatuh pada hari Khamis 30 May 2019 dalam bulan Ramadhan.. lebih kurang seminggu lagi nak raya dik oii.. 3.2kg pada pukul 10.30 pagi lebih kurang. Pun lain dari abang-abang yang keluar melihat dunia hari Jumaat semuanya di malam hari.. Insha Allah mesti Allah simpan hadiah istimewa buat kita kan adik Idrees.


Kenapa kene ceaser? Mesti ramai nak tau kan. Ok ibu coretkan di sini bukan lah nak menunjuk tetapi untuk ingatan dan kenangan agar snetiasa segar buat tatapan anak-anak ibu dan keluarga kita. Pagi 30 May selepas sahur pada minggu ke 39 tu, seusai solat subuh, ibu dah rasa sakit lain macam. Nak baring xselesa tapi paksakan diri juga. Rasa pening2 dan terus wasup member office kata EL la hari ni rasa pening kuat sangat. Then bangun nak mandi terus turun tanda lendir darah.. Okeyyy tanda darah kali ke 4 ni.. Patutla dah rasa sakit sangat around 6am dah waktu tu. Kejut kan semua askar2 dan ayah siapkan depa ke sekolah dulu dan barulah ke hospital. Sebelum gerak nenek dah siap2 belah kelapa tua suh minum airnya. Sebenarnya inilah kali pertama buat amalan ni. Kata orang ikut jelah. Mungkin inilah asbab nak mudah bersalin ke nak susah bersalin ke kita tak tau kan. Ape yang penting cepatlah bersalin. Janganlah sakit lama-lama. Sampai di sana cek jalan dah 4cm. Biasanya dalam3 jam lagi deliver lah. Cek ctg baby not ok.. Beberapa kali juga cek still xcantik. Docter suggest buat caesarean. Sebab tak bole tunggu dah nanti baby lemas. So terus docter pecahkan air ketuban dan dah nampak kekuningan. Just ikut saranan docter. Sign dan terus dibawa ambulans ke high risk.. For the first time bersalin di bulan Ramadhan dalam OT tu adalah sorang nurse ni duduk tepi katil sambil bacakan quran. Masha Allah.. Tenang dan damai je semasa lahirkan si Idrees ni sambil dialunkan ayat-ayat quran.. Sambil nurse-nurse yang lain duk baca details ibu , oo anak lelaki ke 4 , bole tahanlah ibu ni nanti.. I'm just smiling sambil perut dijahit.. So bermula dari saat itu bertekad la jaga perut ni.. hahha.. Baik dari segi pemakanan dan jugak gerakkan. Alhamdulillah sekarang dah 10 bulan perut dah semakin sihat. dari 93kg sebelum bersalin sekarang dah 69kg.. Still tak achive target lagi tapi Alhamdulillah.. So far so good :)
 Seronok la berpantang kali ni, ayah jaga sepenuhnya. Basuh kain baju, pemakaian anak-anak. Sebelum ni bukan tak buat langsung tapi kali ni mungkin dia lebih ngeri melihat ibu bersalin dan berkorban nyawa dan badan.. hahhaha.. Siapa kata KP xpandai cara ke anak bini, dia cuma xde mas alah.. Apepun Alhamdulillah.. Qhalif Idrees Bin Md Jamil.. Khalifah Allah pendoa kami. Insha Allah


Semoga anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh, semoga keturunan ibuayah keturunan yang tidak pernah meninggal kan solat.. AAminn


1 months 

 4 months

 hai semua...