Magic Lake, Aussie

Wednesday, March 11, 2020

Singapore Cup!!

Assalamualaikum...

Road to Singacup.. Sambil menyelam minum air.. kata orang.. kan.. Singapore ni tak adalah masuk dalam bulk list for holiday pun. Kebetulan 1-4 November 2019 abang Qhalif dan Rhino Football club ade tournament kat sana. So dah ayah offer nak kesana ke tak, ibu pun on ajelah. Tapiii.. ayah kata kene drive sendiri sebab ayah ade Pilihan raya kecik di Tangkak, Johor.  Tak pikir panjang kalau bab berjalan , ibu on aje.. Just jumpa ayah kejap di sana urusan kemasukkan ke Singapore dan kami pun berlegar-legar lah sendiri di Bumi asing ni.


Benda yang paling ibu suka adalah packing untuk travel. Pening tapi best!! Semangat tu lain macam :)

Settle pasport Idrees memandangkan semua yang lain still valid. Tukar Singapore Dollar sikit. Memandangkan currency sana boleh tahan juga. Lagipun memang tak ada plan sangat nak masuk sana sebab ayah tak ada. Perancangan awalnya nak tidur di Taman Perling, Johor berhampiran homestay abg Qhalif, pagi2 just follow the team masuk Singapore, tapi ayah risau ibu sendirian so dia book siap2 di Singapore.. Seriously kalau ayah tak ada ibu tak ada kekuatan sangat nak merayau sejak beranak 4 ni.


\

Persiapan abg Qhalif 

 Selamat jalan semua.. Raihlah seberapa banyak pengalaman yang tak dapat dijual beli ini. 
1 November 2019
Abang qhalif and Rhino Team bergerak ke Johor Darul Takzim.. Sekitar 10 pagi.. Yuran penyertaan sebanyak rm650.00 Boleh tahan juga kan. Senang je syarat ibu. Anak-anak yang nak masuk apa2 pertandingan mestilah contribute juga yuran. Biar dia rasa tanggungjawab tu. Bukan ibu ayah kejam tapi biar mereka rasa menghargai. So ibu letak syarat Qhalif kene bayar rm100 yang lain ibu ayah kongsi.. Bagi ayat sedih la sikit. Bukan senang nak cari duit anak2 ibu oi.. Biar mereka rasa menghargai.



Lepas Jumaat kami pun gerak ke Singapore dan ayah dah menanti menyambut di sana..


Berhenti rehat dan solat di Labis
Homestay mereka di Taman Perling, Johor
Lawatan kami sesampai disana sebelum masuk Singapore.

 Sesi beramah mesra anak-anak Rhino dengan Kp Kuantan :)




Get ready for tomorrow .. Yeahh

Berhenti makan malam sebelum masuk Singapore

Our 2 night stay here
Resort World Sentosa 
Festive Hotel

 
Cantik dan pemandangan yang sangat menarik. Tak sabar nak tunggu pagi :)
Ok jom tidur, letih drive jauh..



 Seawal 5.30 pagi mereka di Taman Perling dah bersiap untuk ke Singapore sport cage. Awal la sikit sebab menguruskan imigeresn sebelum masuk. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.


 View from our room 
 hai... morning from Singapore 
6 months old
 Alhamdulillah sihat dan ceria dia

 As usual.. My duty to make sure semua kemas bersih dan wangi


 My momma

 Xcukup corum.. pon jadikk
  Bismillah.. Singapore Road




 Cage Sport Centre , Singapore







Coach from England

Beria dia minta permission nak dukung Idrees.. Katanya rindu anak dia.



Abang Qhalif in action.. Keeper



Jalan-jalan Kota Singa, tak banayk pun yang sempat pergi sebab game abis lambat plus pulak ayah xde dan abang Qhalif pun xde. Xseronoklah kan. Takpe next time kita repeat. Tapi bagi ibu better pergi dengan flight la.. Jimat.. dan tak payah susah-susah bayar paking dolar2 :)

Idrees dan Irsyad
Irsyad dan Izzat.. Their chucky face
Ayah tak ada makanya berendam dalam bilik jela anak-anak ye..Mandi dalam bathtub sudahlah.. Alasan kukuh ayah xde la nak mandi kolam :)
Sentosa , Singapore.. Kat sini kami xsempat masuk pun Uss (Universal Studio Singapore) tu. Just stay kat hotel je dekat Sentosa ni. Sebab abg Qhalif xde makanya itulah alasan paling kukuh. Kalau tak memang xsampaila padang asyik sangat duk berUSS nye. Insya Allah will repeat :)


Jalan-jalan malam sekitar hotel

Baju tido pun jadiii


Always by my side.. Thank you adik.. Thank you mama





ok dah Jom Balik. otw balik tu kami lalu ikut segamat singgah di pekan ape tah namanya mama nak beli orked dan kerepek.. Singgah pasar malam Ayer Hitam beli makan malam dan berehat di surau berdekatan , refresh kan anak2 solat dan makan. Perjalanan diteruskan sehinggalah berhenti semula di Rompin. dan sampai di rumah around 3am.. Alhamdulillah



Sebelum pulang ke sarang.. :)



Insha Allah till we meet again

Sentosa , Singapore, Nov 2019