Assalamualaikum :)
Alhamdulillah syukur ya Allah
Pada September 2019 kami telah dijemput ke rumah Allah lagi. buat kali ke 3. Ya Allah nikmat mana yang ingin kami dustakan. Sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pemurah sentiasa berbelas kasihan pada kami yang sentiasa mencari arah dan panduan hidup.
Kali terakhir berziarah umrah ke rumah Allah adalah pada tahun 2017 bersama keluarga belah ku. Kali pertama semasa 2014 bersama keluarga belah suami. Masha Allah sesungguhnya Allah maha penyayang. Kali ini 2019 adalah lebih bermakna dan semoga mendapat lebih keberkatan. Ini umpama hadiah buat mama dan ma. Buat ma yang melahirkan imam kakyang yang sekarang sepenuhnya memberi nafkah dan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Ma jugaklah yang menjaga kakyang dalam pantang keempat-empat anak kami. Buat mama, segala susah payah jerih perih membesarkan kakyang. Doakan keberkatan hidup kakyang sekeluarga ya mama. Paling tak dapat dilupai buat diri sendiri, kebetulan masa ni baru sahaja lepas melahirkan Idrees 3 bulan. Umpama berMe time yang paling didambakan. 9 bulan struggle bawa perut sambil menguruskan putera-putera kami. Fuhh.. Maka berjanjilah pada diri ini adalah kelahiran bungsu..Hahahah.. Aaminn..Bukan ibu sengaja bukan ibu tegar meninggalkan kalian anak-anak ibu lebih-lebih lagi adik Idrees yang baru berusia 3 bulan. Tetapi untuk menolak jemputan Allah ibu tidak kuat sayang. Rindunya ibu pada tanah haram tak dabat diluahkan dengan kata-kata.Semoga balik dapat membawa seribu rahmat buat kalian. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik dan sempurna. Segala kelengkapan tidak banyak pun perlu dibuat kerana segala kelengkapan dah sedia ada. Lagipula kali ini kami tidak terikat dengan mana-mana agensi umrah. Bersama jemaah umrah seramai 9 orang dan seorang ustad, makanya segalanya free and easy.
Adik idress dan abg izzat ibu tumpang kasih di rumah mama di batu 5, abg irsyad dan abg qhalif di rumah ummi di LKNP. Masha Allah Alhamdulillah. Kau hadirkan rezeki kami bertemu hambamu yang semua nya yang sedia membantu dan memuhkan segala urusan. Ku pohon seribu rahmat Mu buat mereka sekeluarga. Makanya berpisahlah kami untuk sementara. Perpisahan itu pasti anak-anak. Kita hanya merancang Allah yang maha menentukan. Ibu serahkan segalanya pada Allah. Sebulat tekad kamu berempat dalam jagaan Allah. Ya Allah bantulah aku dalam mendidik anak-anakku.Sesungguhnya aku tidak mampu menjaga dan mengawal mereka 24jam. Hanyan padaMu kami bergantung. Aaminn.
Seingatnya ibu menghantar anak-anak pada malam hari sebelum berlepas keesokkan harinya dalam pukul 11 malam ke rumah mama dan ummi. Tiada drama air mata kerana ibu tahu kamu semua dalam dakapan Allah.
Kami berempat terus bergerak ke rumah ayong dan berehat untuk persediaan berlepas tengahari keesokkannya.
![]() |
| Wajah gembira mama dan ma. Masha Allah tak terbalas jasa kalian membesar dan memberi kasih sayang kepada kami. |
Seronokkan mereka.. Alhamdulillah .. Moga-moga suatu hari nanti kita dapat menunaikan ibadat haji pulak.. AAminn
![]() |
| KLIA |
![]() |
Alhamdulillah waktu Malaysia berbeza 5 jam dengan Saudi..
Our official kenderaan di madinah
Touch down bumi Arab
An Nabawi.. Assala mualaika ya Rasul Allah
Alhamdulillah , kami berpeluang berpuasa di sana. Menunaikan nazar puasa.
Alhamdulillah.. kami masih berezeki menjejakkan kaki di Masjid An-Nabawi lagi . Semoga kalian juga berkempatan berziarah ke sini.. Aaminn
Jemaah wanita
![]() |
| Kami bermusafir di rumah Allah |
our official transport to Makkah.. sesuai untuk jemaah lebih kurang 25 orang
Lebih kurang 7-8 jam perjalanan dari Kota Madinah ke Kota Makkah
Ya Allah maha suci Allah.. Setiap kali terpandang kaabah air mata pasti menitis.
Hari-hari kami di sini, beriktikaf di masjid. Memandangkan pakej kami adalah free dan easy maka kami memilih untuk berada sepuasnya di rumah Allah.. Seronok!!
Aaminn.. ya Allah.. hadiah buat kalian. Alhamdulillah sempat menyampaikan kirimandoa kawan-kawan dan keluarga.
Kenangan terindah bersama mama.. Memandangkan ma masih muda dan cergas, ma lebih selesa bergerak sendiri dan inilah sebenarnya masa Me time yang paling kami dambakan.
Depa ni memang suka be different ..and you?? dare to be different??
tak pernah lapar walau seharian beriktikaf di masjid. Berebut2 mereka bersedekah.. ya Allah jadikanlah hambamu ini seorang yang suka bersedekah.
Sedap Baq hang !!
Nasi kambing ada yang menunaikan nazar.. Alhamdulillah.
Insha Allah next entri kita sharing bab ziarah luar pula ya.. Inilah pengalaman ber D.I.Y umrah.. masa lebih flexible.. Belanja pula? Bole tahan juga :)
Ya ALLAH JEMPUTLAH KAMI LAGI YANG SENTIASA MERINDUI TANAH HARAM.
















