Ziarah luar Kota Mekah dan Madinah.. Seronok!! Pengalaman baru bagi kami kerana sebelum ni kalau ziarah luar satu bas gerak dan masa yang diperuntukkan telah pun ditetapkan. Untuk kali ni, DIY umrah kami semuanya decide pada hari dan ketika itu, memandangkan 2 buah keluarga lagi baru kali pertama berumrah, ada tempat-tempat biasa kami ziarahi telah dilawati sekali lagi. Ustaz Sulaiman best!! Sambil berziarah diceritakan sirah2 nabi dan diselitkan tazkirah ringkas.. Masha Allah bertuahnya kami dipilih menjadi tetamu Allah dalam keadaan yang cukup tenang begini. Kiranya bercuti 2 minggu selepas 3 bulan melahirkan baby Idrees.. Terima kasih abang.
Murahkanlah rezeki suamiku Ya Allah. Murahkan lah rezekinya seperti air zamzam yang mengalir, murahkanlah rezeki suamiku seperti air zamzam yang tersebar ke seluruh pelosok alam, murahkanlah rezeki suami ku ya Allah seperti air zamzam yang memberi manfaat kepada sekelian alam.. aaminnn
| Gambar ini diambil di Hudaibiyah.. Melawat ladang unta. kami berkesempatan merasa susu segar unta |
Nun di belakang nuh adalah coastal.. Kenderaan kami semasa ziarah luar di Makkah.
Kami sepuluh orang
Muzium al-Haramayn
Didalam ini tersimpan sejarah Makkah dan juga artifak seperti mimbar, pancur emas, pemegang hajar aswad ,kiswah kaabah dan banyak lagi
Pelan Masjidil haram
Suasana di dalam muzium
Ini adalah kali pertama kami pergi ke muzium ini.
Lengkap berpakaian ihram, kami bersiap untuk niat di Tanaim sambil berziarah luar di Makkah
Seronoknya di Makkah ini adalah aurat kami sentiasa terjaga. Masha Allah. Rezekikanlah kami untuk menutup aurat dengan sempurna walau di mana saja kami berada.AAminn
kami juga dibawa melewati dan melihat tempat menunaikan ibadah haji. Ya Allah semoga suatu hari nanti kami dapat menunaikan rukun islam ke 5 bersama-sama orang yang kami sayangi.. AAminn
Seterusnya tempatyang harus wajib pergi adalah di Jabal Ar-Rahmah
Ma dan abang.. mama hanya tunggu di bawah sahaja
Panjangkan jodoh kami hingga ke Jannah ya Allah. Limpah ruahkanlah kami dengan kasih sayang Mu Ya Rahman Ya Rahim.
Hari yang berikutnya ziarah luar ke Masjid Quba- Masjid Putih
Kenderaan kami pada hari itu adalah bas persiaran sahaja. Bila lagi nak merasa sebagai orang awam Makkah kan. :)
tiket bas
Disunatkan mengambil wuduk di rumah dan datang memunaikan solat di masjid. Pahalanya umpama menunaikan sebuah umrah.. Insha Allah
Gambar - gambar hari terakhir kami di Makkah..
Memandangkan ini adalah hari terakhir kami di Makkah, sebelum tawaf selamat tinggal, kami menjamu kek dulu. Akrab bagaikan sebuah keluarga.. Pastinya ini adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.
Alhamdulillah untuk anugerah umrah keluarga ini. Semoga silaturrahim yang terjalin akan diberkati dan kekal hingga jannah.. Next entri kami ke Jeddah!! Insha Allah tillwe meet again.. Next.. Part 3
