Magic Lake, Aussie

Friday, June 26, 2020

Anniversary Trip to Maldive 2020 ~ Part 1..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. 12.02.2020.. Alhamdulillah.. dah sepuluh tahun kita bersama abang.. and lets go to Maldive!! Impian dan harapan menjadi kenyataan.. woot..woot..woot..
Belajar.. Mencari.. ..Membaca dan terus belajar.. akhirnya sampaila kami ke Maldive.
For the 1st time D.I.Y our trip bersama anak2. Plan asal nak pergi berdua then book water villa di sana.. Kunun-kunun honeymoon la spent time sama-sama meraikan 10 tahun bersama. Bagi saya masa berdua tu sangat penting walaupun kami tidakla seperti pasangan lain yang suka bersenda gurau berborak tapi kami ada cara kami sendiri.. Insha Allah semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke Jannah.. aaminn..Then..back to the topic..Tup-tup husband kata bawa anak-anak.. Lagi sekali aritu Australia ingatkan nak bawa mama for hadiahlaa untuk mama rest and rilex.. sekali ayah suruh bawa anak.. Rezeki anak-anak kan.. Alhamdulillah.
Ok lets share and refresh our memory to Maldive.. 13 Februari 2020 malam tu selesai semua kerja kami gerak ke Putrajaya dan bermalam di rumah ayong. Awal bersiap maka rilexla sikit. Malaysia baru nak hit pasal Covid-19 tapi masih suam2.. Sampai KLIA lengang dan aman.. Insya ALLAH , tawakkal kepada Allah.
Rezeki jugak date 12.02.2020 flight ke Maldive ada. Jam 6.50 petang selama 4 jam lebih kurang sampai lah kami di Velana Airport..
 us at KLIA airport
 Lama xberjalan jauh lepas bersalin kan Idrees.

 Alhamdulillah .. Good boy .. masa ni Idrees 6 bulan.. for sure xbanyakla aktiviti yang bole di buat.. free and easy je.. kita kenal dulu Maldive dan murah rezeki kita repeat ya.. Positiff!!

 Kids and me 💗


Velana Airport.. Impian jadi kenyataan.. Senyum lebar ibu ni aihh.. Thank you ayah for approval this trip.

 Rezeki anak-anak
 Semua excited.. Masa ni pukul 8 malam di Maldive.. di Malaysia dah 11 malam gitu.. Ok jom cari  speedboat to Maafushi.. Setelah dikaji ibu decide tidur terus di Maafushi. Airport Velana ni berada di Pulau Hulhumale. If tak nak naik speedboat kene la bermalam Hulhumale tapi dek kerana awal lagi sampai dan semua xsabar nak jalan-jalan makanya kami terus ke Maafushi. Kami ada pilihan nak rest di sini atau di Bandar Male(ibu negeri Maldive) which is kene naik bot jugak tapi di Male ibarat balik kampung dan bandar yang ramai Maldivian..No no no.. Ibu nak rest terus, esok taknak pindah randah dah.. ok speedboat awal-awal ibu dah book online..

 Behave sayang kalau tak kita bercuti dalam bilik hotel je 👀👀 So far so good .. Alhamdulillah Allah permudahkan seiap detik dan saat kami bersama hero -hero cilik ni 
6 bulan dah jalan jauh... rezeki mu sayang 
 Ok speedboat dah sampai. If naik feri awam mau dua jam lebih kurang gitu sampai ke Maafushi (berpandukan rujukan bacaan ibu la sebelum ni.. Oh no lama2 atas bot. So speedboat is the best choice la, xramai penumpang, laju dan private la sikit. Cost?? Haa dah nama pun Maldive kan. sedia la duit lebih sikit..Tak gitu?? :P

Dah berjalan jauh pun still ceria kan.. Biasala berjalan ...
 Alhamdulillah dalam 40minit melalui lautan Indian kami sampai di Maafushi. Dalam gelap malam tu semasa menaiki speedboat kami melewati Bandar Male. Bandar nya tidaklah besar hanya penduduk tempatan dan kehidupan biasa.
 This is our hotel here.. 
Sesampai di hotel ni lebih kurang jam 10 malam kami disambut dengan welcome drink and briefing by the staff hotel jika ada aktiviti yang kami nak sertai esok. Seronok . Ade guest dari Canada dan Vietnam sama-sama join kami.. 
Ok kunci bilik dah dapat. Refresh semua anak-anak. Seusai solat masing-masing chop spot tidur sendiri dan dengar briefing dari ayah pulak while ibu siapkan makan malam.. ewah.. 
Jalan jauh kenelah bawa bekal kan.. vitamin ✌ handsanitiser ✌ cookies ✌ foods ✌ toys ✌ dan ubatan ✌



Banyak dah belajar, if travel ngn anak-anak perut dan rehat yang secukupnya perlu diutamakan.. barulah sejahtera hidup.. hikhik  
 Ok anak-anak dah selamat beradu dan rehat.. As usual ibu yang tak pernah kenal lelah tak pernah kenal penat. Mulut je selalu kata penat tapi ibu sangat enjoy melayan korang. Insha Allah. Selagi hayat dikandung badan sama-sama kita nikmati keindahan ciptaan Allah. ok dah setel barang esok, barula bole lelap. I love u abang . Happy 10 anniversary .. Semoga kita kekal hingga ke jannah. Aaminn
 My morning view 2nd day di Maafushi.. Of cosla sea view uollsss.. Kata nak honeymoon sekali berangkut kau.. heheh..



Now part makan pagi. Ibu tak nak susah-susah nak bersiap lagi nak urus baby lagi so include meals je la book hotel kita. Yang bestnya Maldive ni adalah negara Islam.Jadi bab makan memang xde masalah. Sediakan uang ajelah. 

 My boys always ready kalau berholiday.. Semua kaki jalan kot.. Mood baik habis..


Maldivian Food - macam paratha jela.. makan pula dengan kelapa parut ngn ikan kot  ni rasa masam-masam sikit , kalau kita panggil serunding pun bole kerabu pun bole.. bole terima tekak.. makanan berempah macam india sikit. best la jugak..
  Cuaca pagi ni macam redup2 sikit. Semalam xsempat book dengan hotel nak pergi pakej snorkling so jomlah kita ronda pulau dulu sementara mencari aktiviti.
banyak sport centre kat sini.. tak perlu kot book aktiviti awal2 dan tak remeh pun book kat sini. Malah kita bole compare harga lagi. Awal-awal lagi masa book hotel ibu dah contact melalui email bertanyakan aktiviti dan cost. Dapatlah kami stanby kan. Maldivian kat sini pun sangat peramah. Melalui email pihak hotel dah hantar gambar pakej aktiviti air, if nak request anything like candle light dinner ke, night fishing ke, nak tgk stingray,baby shark ke apa ke semua adalah. 

Finally kami pilih pakej snorkling fullday.. Habiskan masa di tengah lautan India. Ada 3spot snorkling, melawat Guraidhoo Island dan sandbank..

sementara menunggu trip snorkling bermula, kami ronda-ronda Maafushi dahulu sesambil anak2 menikmati pantai Maafushi

one for family photo


 and the beach view
Pengangkutan untuk mengangkat bag dari jeti ke hotel selain motor. 


 Nampak kan air laut yang biru tu.. excited dia lain macam. 
 ok ready for snorkling trip..
Our latest edition.. Idrees 6 mths old


 Masa ni 1st time terjun laut sesudah sampai sana masih takut-takut lagi. Maklumla lama xbercuti main air.
 qhalif seperti biasa lah sukakan aktiviti extreme. Dia selalu nak mencuba..  













❤❤❤
Subhanallah . Cantik sangat
For real


 Kalau di Redang penyu nya on suface dah bole pegang.. Kat sini kene menyelam sikit .. tapi Masha Allah xsedar masa berlalu bila masuk dunia laut kat bawah ni..Nanti Adik Idrees dah besar insha Allah kita datang lagi.

Kembar tak seiras.. Irsyad dan Izzat.. Selalu sangat la orang duk cakap sama besar padahal beza umur 2 tahun.. Mungkin adik besar atau abang kecik kann..


 My husband



Idrees baby sitter.. Ibu nak take a break jap . This girl dari german.. dah 3mths duk Maldive.. sebelum ni dia datang dengan family and dah jatuh cinta ngn Maldivian kot datang semula and stay for good kat sini.. Banyak yang dia share. 
Mulanya kami nak amik night fishing for experience for kids, dia kata musim ni xsesuai then kami tukar plan n malam kita just jalan2 je and cari makan.



take a break and lunch
 crew yang sangat friendly
Ok next Island visit to Guraidhoo
Make friend from Russia and German


 and the Maldivian as a tourist guide





pun ada tau










    ya kami pernah sampai di sini :)
Susah ke travel bawa baby? Baby faham ke bawa g tempat2 best .. membazir je.. banyak dah dengar ulasan dari kawan-kawan n family macamni.. But bagi saya satu je jawapan nya..bcoz this is my  'family' susah ke senang ke leceh ke mahal ke rugi ke x dont care.. i love to make memory.. tau kah kita bila kita atau orang yang kita sayang akan ada bersama kita sampai bila ? Sebab tu lah ada rezeki lebih ada masa selagi bole buat aktiviti bersama . Insha Allah kami akan bersama. So ada masa ada rezeki bole la pergi bersama kan.. Tu bagi saya la.


My eldest 
triplet








  Berakhirlah hari kedua kami snorkling trip and island visit
Crew yang sangat sporting.. Siap ambil contact number kot2la sampai lagi..
 On the way hotel singgah pantai pulak.. mandi lagiii

 waiting for the sunset

 end of day 2.. balik bilik refresh , makan dan tidur secukupnya for 3rd day activities..



 the end of part 1.....
to be continueee..