17 Dec 2017 on our second day di tanah haram.Jadual hari ni tiada ziarah luar Makkah memandangkan semalam kami baru sampai dan menunaikan umrah wajib.Maka hari ini semua jemaah bebas beribadat mengikut keluarga masing-masing.Kami sekeluarga berjemaah di Masjidilharam buat pertama kalinya.Sayu melihat kaabah.Walaupun kerja2 pengorekkan telaga zamzam sedang giat dijalankan, jemaah tetap berpusu2 dan tidak sesaat pun keadaan lengang.Ibarat tiada siang dan malam.Kami di sini sangat tenang, setenang tenangnya mendengar bacaan ayat2 suci secara langsung dari Masjidilharam. Masha Allah.seperti bermimpi saya berada di sana untuk kedua kalinya.. Insha Allah saya percaya akan ada kali ketiga.. Impian untuk kesekian kalinya untuk bersama2 keluarga kecik kami pula. Ya Allah perkenankanlah.
Waktu ini sektar 4.00 pagi kami di hadapan hotel penginapan menuju ke Masjidilharam untuk jemaah Subuh sambil bervideo call bersama anak2 di tanah air.
Seusai solat subuh kami melakukan tawaf sunat di tingkat 2 (mataf) bersama2 ahli keluarga.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah
Kiblat umat Islam seluruh alam.
Seusai solat subuh di hari pertama kami. Syukur ya Allah atas nikmat ini.
mama kami yang kami sayang
tujuan utama bawa anak lelaki
sebijik macam arwah nekyam.. nenda saya
Bersiar2 selepas solat subuh dan bersiap untuk makan pagi dan meneruskan misi untuk qhatam quran.
Aktiviti hari kedua kami adalah free and easy. Dari Malaysia lagi beberapa perancangan telah disenaraikan, almaklumlah nanti xla terbuang masa macam tu je, bukan senang nak sampai ni, even orang yang berada pun belum tentu sampai jika belum dijemputNya. Bukanlah masalah duit sahaja, masalah masa dan macam-macam musabab lagi yang menjadikan seseorang tu belum dijemput Illahi ke rumahNya. Pengalaman yang lalu saya jadikan panduan, google lagi gali lagi dan search lagi persediaan sebagai panduan dan petunjuk untuk persediaan di tanah suci. Antaranya perbanyakkan solat2 sunat, membaca Alquran dan dalami solat2 sunat yang jarang dilakukan sebelum ni. (SIAP BUAT CHECKLIST 👀) yela kesungguhan yang mesti dipupuk untuk bertamu di rumah yang maha mencipta kita.

Masa ni baru balik dari solat subuh menuju ke cafe utk makan pagi.. Bahagia betul terbayang masakan kambing di mekkah ni.
Ni breakfast tau.. ya Allah nikmat betul. kambing best giler. juice apple kaw2 mai lai, terkenang betul
Balik bilik rehat sekejap dan kami turun untuk niat beriktikaf di masjid. Pengalaman lalu kerana hotel agak jauh 800m dan dalam masa yang sama bersama abg qhalif (si sulong), masa untuk berada di masjid agak terhad dan cuaca panas kering mengakibatkan saya hadkan masa di luar.
Kenagan yang mungkin xkan saya lupakan.
Rezeki kita dapat bersama di syurga Allah di sunia ini. Alhamdulillah
Suasana di musim cuti persekolahan.
Aiskrim makkah.

Hari berikutnya rutin yang sama, sebolehnya kami memenuhi solat berjemaah di masjidilharam. Inilah percutian jiwa. Tenang dan mendamaikan.
Selepas solat subuh kami melunaskan hajat dan pesanan sahabat dan para ahli keluarga yang berkirim sedekah. Di sini fakir miskin yang kebanyakkan nya datang dari negara islam miskin seperti India, Pakistan, Bangladesh hanya datang semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah hanya memikirkan ibadat mereka diterima dan diampunkan dan sedaya upaya untuk sampai ke sini biarpun tanpa wang dan mengharapkan sedekah semata-mata. Betapa bersyukur kami mendapat rezeki limpahan ini yang datang serba cukup dan sempurna.
Bergambar untuk kenang kenangan.
Bersedia untuk menunaikan umrah kali ke dua dan ziarah luar Makkah.
Di jabar Thur.
Bersama mutawwif kami. Ust Nizam
Di jabal rahmah
Semoga Allah makbulkan doa kami
Untuk kedua kalinya kami menjejakkan kaki di jabal rahmah
Selesai ziarah luar kami menyempurnakan umrah sunat
Alhamdulillah segalanya telah selesai untuk hari ke3 kami di tanah haram
Syukur Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan ibadah umrah sunat dengan izinNya.
End of day 2 and 3(17-18 December 2017)
Insya Allah till the next post
Memory of my love life...
































