Assalamualaikum.. Post kali ini adalah berkaitan dengan Gua Hira'. Alhamdulillah saya dimurahkan rezeki bersolat sunat mutlak di dalam Gua Hira'. Besarnya Gua Hira' ini adalah muat untuk dua susuk tubuh sahaja. Tetapi ketinggian pendakian lebih kurang 3 jam pendakian turun dan naik.(malam 20December 2017)
19December2017.. Hari keempat. Kami berkesempatan menghabiskan masa di Kota Makkah. Beriktikaf di Masjidilharam. Bacaan Al Quran tetap diteruskan di bilik, di dalam bas di masjid apatah lagi. Semuanya kerana niat dan impian kerana Allah untuk qhatam di tanah haram ini. Aktiviti kami pada hari ini adalah iktikaf selama yang bole dan berqiamulai.
Berlatarbelakngkan menara jam bersama akim
Pemandangan malam dari dalam Masjidilharam
Niat beriktikaf di Masjidilharam. Sebelum turun dari bilik bersihkan diri dan buang segala kekotoran yang mengganggu ibadat nanti. Maklumla tandas berada luar dari kawasan masjid. Kerana inilah tujuan utama kami membuat keputusan untuk mengambil pakej ini. Paling dekat dengan masjid. Mengikut pengalaman saya sebelum ini, hotel berjarak 800m dengan membawa ibu dan anak adalah sedikit mencabar kerana kesesakan dan kekangan masa.
Alhamdulillah sepanjang berumrah ini mama sangat ceria dan sihat tidak seperti kami di Australia dulu.
Oh kambing yang sangat enak.!!!
Di perkarangan Masjidilharam, untuk jemaah yang pertama kali datang pintu-pintu masjid mungkin mengelirukan tetapi Insha Allah segalanya mudah dengan izinNya
Kakyong selepas tawaf sunat dan beriktikaf
Ada masanya kami berpisah dan berjanji jumpa di mana-mana untuk mencari masa diri sendiri berapati mendekati dan menghayati agama, ciptaan agung kaabah dan kebesaran Allah. Kita bergantung hanya pada Allah. Syukur Alhamdulillah pada umrah kali ini, saya dianugerahkan dan direzekikan dapat bersolat sunat taubat dan hajat di dalam hijir ismail. Kuasa Allah yang sangat ajaib. Dimulakan dengan niat dan izin Allah saya dapat masuk bersujud dan solat lebih kurah 30 minit. Saya dijaga oleh seorang hamba Allah yang bertugas dalam kawasan hijir ismail. Dibawah pancur emas saya berdoa untuk semua keluarga, sahabat dan umat Islam. Allahhuakbar nikmat apa lagi yang aku ingin dustakan. Agar saya istoqomah denagn niat hijrah ke arah kebaikkan ini. Doakan saya mencari ketenangan yang abadi. Betapa Allah menyayangi saya. Sebelum ini saya hanya terbayang diri di dalam hijir ismail akhirnya peluang itu saya gunakan sebaik mungkin.
Always be different between others. Thats my man
My back bone, my imam, Inshaa Allah hingga akhir hayat
20 December 2017 - Hari ke5, ziarah luar kami adalah di Tanaim untuk niat umrah kali ke 3. No picture di Tanaim.(xtau nape) Pada malamnya kami mendaki Gua Hira', di mana tempat pertama nabi menerima wahyu.
Percutian kita berdua tanpa bebudak mungkin pertama dan terakhir :)
Pemandangan kota makkah dari puncak gua Hira'
Di kaki Jabal Nur . Pendakian bermula dengan shuttle car/ van melalui lorong-lorong kedai dan rumah
Puncak Jabal Nur terletak Gua Hira'
Jabal Nur adalah sebuah gunung dimana Malaikat Jibril pada 17 Rajab turun membawa wahyu yang pertama tersebut kepada Nabi Muhammad SAW yang berada di dalamnya. Gunung ini terletak di sebelah tenggara, 4 km dari kota Makkah, yaitu dekat dengan jalan Mina menuju Arafah. Karena adanya perluasan wilayah, sekarang gunung ini berada di dalam Makkah.Dalam kitab Taurat, jabal ini disebut dengan jabal Faron, atau juga dikenal orang-orang dengan sebutan Jabal Nur. Jabal ini terpisah dari gunung-gunung yang ada di Makkah. Di gunung ini terdapat gua Hira yang menambah kehebatan dan keagungan gunung tersebut.Di jabal ini teradapat gua yang dinamai Gua Hira. Gua ini tidak dimasuki sinar matahari dari sejak terbit hingga tenggelamnya. Sehingga orang yang berada di dalamnya tidak akan merasakan sengatan matahari. Di gua inilah, Nabi Muhammad mendapatkan wahyu pertamanya dari Allah SWT.Ahli sejarah mengatakan, Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul telah melakukan uzlah di dalamnya selama 3-5 tahun, beliau beribadah, dan bertahajud. Bahkan di bulan Ramadhan satu bulan penuh beribadah, beliau bertafakkur dan mengasah jiwanya di sana.Istrinya Khadijah selalu datang dengan membawa makanan dan minuman ke sana. Dia lewat jalan yang terjal menuju gua dengan sangat berat dan susah yang memerlukan waktu kurang lebih satu jam. Itu semua dilakukan demi mendapat ridha Allah dan Nabinya.Diriwayatkan dari Khodijah RA, “Sesunggunya Nabi telah menyendiri di Gua hira. Beliau melihat mimpi yang benar sampai kemudian Jibril turun membawa wahyu, lalu Nabi pulang ke rumahnya dengan gemetar. Lalu beliau menceritakan kepada istrinya kejadian yang telah menimpanya, dann Khodijah memberitahukan hal itu kepada Waroqoh bin Naufal. Waroqoh memberi kabar gembira tentang kenabiannya seraya berkata, “Sesungguhnya dia adalah Nabi umat ini.”
Alhamdulillah saya dapat bersolat sunat mutlak di dalam gua hira' ditemani adik lelaki saya. Tidak pernah terbayang dapat duduk ditempat nabi menerima wahyu. Terasa getaran dan debaran yang sukar digambarkan. Selepas selesai semuanya kira2 tiga jam pendakian turun dan naik, kami pulang ke hotel membersihkan diri sekitar 2 pagi waktu arab dan bergegas siap untuk beriktikaf di masjid. Penat bukan ukuran tetapi memandangkan esok adalah hari kedua terakhir di Makkah maka saya gesakan diri dan kakak untuk melepaskan hajat hati untuk beriktikaf sepanjang malam di masjidilharam. Keesokkannya saya demam akibat terlalu menggagahkan diri. Berehat di bilik dan membaca Al Quran sahaja, pada malamnya , Alhamdulillah badan sudah segar sepenuhnya dan kami berjalan sekitar hotel di sahaja untuk menikmati dan merasai bumi Makkah yang bakal ditinggalkan.
Syukur Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan ibadah umrah sunat dengan izinNya.
End of day 2 and 3(17-18 December 2017)
Insya Allah till the next post
Memory of my love life...























