Magic Lake, Aussie

Monday, April 16, 2018

Percutian yang didambakan (part Iv)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Part IV dah. Coretan kami dari Makkah ke Madinah pula.. Apa yang bole disimpulkan pengalaman kali ini amat menyeronokkan. Ini kerana tujuan utama percutian ini adalah untuk menunaikan umrah. Kalau dahulu kami ke Madinah dahulu. Jika diikutkan mana2 sahaja dahulu pun tidak apa, kedua-duanya merupakan tempat idaman umat Islam di dunia.


Masa ini lebih kurang pukul 2 ptg waktu Makkah. Selepas urusan check out di Makkah dan Tawaf selamat tinggal (kami buat dalam pukul 10 pagi) kami pun mula bermusafir ke Kota Madinah atau dikenali juga dengan nama Yathrib pada zaman dahulu kala. Kata mutawwif kami Kota Madinah adalah kota nabi dan nabi menggalakkan umat baginda mengimarahkan kota ini. Kalau nk membeli di sini memang amat lah digalakkan. Mengikut pengalaman yang lampau memang di Madinah lebih banyak pilihan untuk jubah dan cenderamata lain. Saya juga telah niat dalam hati ingin memborong kurna nabi(kurma ajwa) untuk persediaan bekalan musim ramadhan tahun hadapan. Lebih puas hati jika dapat pilih dan beli sendiri kan.


Sayang abang sangat. Sabar ye sayang. Banyak hari juga dah kami xbermanja-manjaan 😅


Permandangan sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah. Dalam bas ni sy ambil masa untuk menghabiskan bacaan Al-Quran. Alhamdulillah tinggal beberapa helaian sahaja lagi. 
Bukan mudah rupanya kerana masa yang singkat, berkejaran menghayati bumi Allah, dan juga mengambil peluang dan ruang ini untuk lebih menghayati bentuk muka bumi dan cuaca yang pernah nabi Allah hayati ini.
Sepanjang perjalanan kami berhenti sebanyak dua kali. Pertama untuk solat jamak zuhur dan asar dan kali kedua untuk solat magrib dan makan malam. Seronok untuk pengalaman ini. Cuaca pula semakin malam dan semakin dekat dengan Kota Madinah kesejukkan makin mencengkam ke tulang. 

Nasi talam makan beramai-ramai berlaukkan ikan talapia goreng garing dan ayam panggang. Nasi seakan-akan nasi beriani. Pun sedap.!! Sesampainya kami pada malam itu, kami diberi taklimat oleh seorang mutawwif muda, dari Andaluasia. Barangkali pejar part time, mungkin juga staff tetap mereka. Masya Allah muda dan segak. Rezeki beliau barangkali terpilih berkhidmat di bumi mulia ini. Dalam hati berbisik semoga anak2 ibu juga terpilih menjadi insan bertuah begini. Kata ustad nizam seusai check in, jemaah lelaki digalakkan menziarah nabi pada malam ini juga, itulah tanda betapa rindunya kami pada nabi Allah. Ya Allah, jejakkan kaki sahaja turun dari bas, saya seolah2 merasa diri saya sangat bertuah kerana Allah perkenankan lagi saya bertemu Nabi Allah, dalam hati terus berniat moga ini bukanlah kali terakhir saya menjadi tetamuNYA. Kalaula aku dapat menjadi ahli Baqi'. Masya ALLAH segalanya yang aku ada aku redha untuk ditinggalkan.
Alhamdulillah syukur, pada malam pertama sampai di Bumi Madinah saya telah qhatam Al-Quran 30juzuk. Niat saya Allah telah qabulkan.

Kubah hijau itu adalah tanda di mana letaknya makam nabi saw. Ini suasana di sing harinya, sewaktu menunggu masa untuk mengambil giliran masuk ke raudhah mengikut negara. Raudah ialah anugerah Allah untuk secebis tanah syurga. Di sini segala doa dikabulkan dan segala dosa diampunkan. Ya Allah Alhamdulillah. Rindu akan suasana, bauan , ciuman dan segalanya berkenaan raudhah.

























Berkongsi rasa, perasaan dan peluang yang ada bersama. Mana mungkin saya lupakan pengalaman ini. Sewaktu ini kami duduk menikmati suasana luar Masjid An-Nabawi.




Sewaktu mengmbil air zam-zam. Saya memberitahu mereka bahawa simpanlah sebotol atau lebih air zam-zam dari masjid Nabawi dan Masjidilharam. Keajaiban air zam-zam yang tidak dapat disangkal lagi.
Mama dan ceklang sewaktu menunggu waktu Magrib. Alhamdulillah syukur mereka sihatsepanjang berumrah ini.
Sesambil itu, di waktu uang terluang kami melontar di sekeliling kedai2 hotel :)
Buah tangan untuk diri sendiri, keluarga dan rakan taulan.
Shopping buah tamar, manisan dan kekacang.



Semasa di Madinah kesihatan cek lang agak merosot sedikit kerana dari Makkah lagi selera makan Cek Lang turun mendadak. Tak putus-putus kami doa agar beliau dapat tunaikan umrah dengan sempurna dan selamat.






Kenangan kami di Masjid An-Nabawi bersama para jemaah yang dalam rombongan kami. Kenangan yang tak mungkin dilupakan.



Ziarah permakaman Baqi'.Ahli-ahli syurga. Di sini hanya kaum adam sahaja yang dibenarkan menziarah kubur, bukan seperti di negara kita.


Lihatla keadaan dan suasana di sana. Tiada yang terhias indah hanya batu sunyai sebagai penanda. Kerana kita semua sama di sisi Allah



Ini adalah sewaktu kami aktiviti ziarah luar Madinah. Masjid Quba"











Semoga kita bersedia berhijrah dan istoqomah ke arah yang lebih baik. Insya Allah

S.A.Y.A





























Di dalam masjid Quba'

K.A.M.I



Merah bak delima. Inilah dia Delima Madinah. Manis dan Merah bak saga.
Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.
Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah.
Justeru, bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari. Ketika menunaikan ibadat haji baru-baru ini, saya dapati ramai juga jemaah yang seringkali ke Masjid Quba’ untuk merebut peluang berkenaan.




Mama dan Cek Lang


Jabal Uhud bersebelahan makam Uhud
Jabal Uhud adalah bukit yang berada di Syuga. Jika untuk melihat bukit yang di syura maka datanglah menziarah Jabal Uhud.
Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda;Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)
 Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Sehari sebelum kami berangkat pulang ke tanah air. Menghadiri majlis tahlil dan taklimat berangkat pulang.


Di Madinah kebanyakkan makanan kurang menepati selera. Mungkin dah terlalu biasa dengan rasa kambing yang enak di Makkah 😁, makanya kudap2 sahaja menjadi pilihan hati 

Hari kedua terakhir saya mengambil peluang beriktikaf seorang diri di masjid kerana mama, cek lang dan kak yong kurang sihat. Alhamdulillah selepas segalanya selesai. 


Pasti saya akan merindui segalanya di sini. Tiada yang sibuk akan urusan dunia. Seolah-olah mati menjelma esok hari dan tiada lagi hari esok. 

Tenang setenangnya.


Hari keberangkatan pulang. Seawal pagi kami bersiap sedia. Perasaan bercampur baur, Sedih meninggal kan Bumi Berkat dan Rasullallah dan gembira untuk memeluk anak-anak yang sekian lama ditinggalkan.

 Our Boarding pass

Semoga kami dijemput menjadi tetamu Allah lagi dan semoga kami dimurahkan rezeki menghayati kebesaran Allah di serata Muka Bumi. Doakan kami wahai keluarga dan sahabat sekalian.


Wajah yang didambakan setiap masa. abg Qhalif dan Abg Irsyad juga.

Sekian sahaja coretan saya sebagai kenangan diri sendiri dan keluarga. Kenangan abadi yang tetap akan subur dalam ingatan hati. Insya Allah akan berulang suatu masa nanti.

Ya Allah berkatilah hidup kami, murahkanlah rezeki kami untuk bangun malam mendampingiMu, untuk kami bebas hidup dari hutang-piutang dan rezekikanlah kami dengan anak yang soleh dan beradab mulia. Murahkanlah rezeki kami dengan ilmu yang bermanfaat, dengan kasih sayang yang berpanjangan, harta yang melimpah ruah lagi bermanfaat untuk kami dan orang-orang disekelilingkami. Jagalah hati kami, anugerahkanlah kami rezeki kesabaran yang tinggi agar kami dapat menjaga amanah mu, ibubapa kami, anak-anak kami dan pasangan kami agar sentiasa diberkati dunia dan akhirat.

Aminn ya Allah.

Sekian , salam umrah dari kami sekeluarga.